Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Henti Sebar Teori Konspirasi...

PETALING JAYA - Keluarga kepada Anthony Kevin Morais meminta orang ramai supaya berhenti...

Gempa Bumi Sederhana Landa...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.8 pada skala Richter berlaku di...

4 Pelajar Sesat Di...

BATU PAHAT - Empat remaja lelaki berumur 14 tahun yang dipercayai sesat ketika...

Penjaja, Persatuan Teksi Lega...

KUALA LUMPUR - Titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah...

Bom Kereta Meletup Di Pattani, Lima Orang Awam Cedera

PATTANI – Lima orang awam cedera dalam satu kejadian letupan bom kereta di sebuah kedai koperasi di Kampung Piya, daerah Yaring di Pattani, hari ini.

Ketua Bahagian Siasatan Polis Yaring, Kapt Phavit Krachansri, berkata kejadian pada kira-kira 6.30 petang (waktu tempatan) dan menyebabkan kedai terbabit terbakar.

“Lima mangsa yang tercedera itu terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita berusia antara 27 hingga 40 tahun,” katanya kepada media dan menambah, anggota bomba mengambil masa 30 minit untuk memadamkan kebakaran.

Pihak berkuasa, katanya, masih menjalankan siasatan tentang motif serangan dan pihak yang bertanggungjawab melakukannya.


Sementara itu ,di Kampong Eyok, Bachok di Narathiwat, seorang anggota tentera cedera apabila sebutir bom meletup ketika beliau mengawal keselamatan guru dan orang awam.

Penolong Ketua Siasatan Polis Daerah Bachok, Kapt Paiboon Keadam berkata, kejadian berlaku pada 7.50 pagi (waktu tempatan) dan mangsa telah dikejarkan ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori