Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bot Terbalik: Kakitangan Unisza...

KUALA NERUS - Seorang pembantu awam Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dikhuatiri hilang...

Trio Boling Padang Rangkul...

KUALA LUMPUR - Trio negara menghadiahkan pingat emas kedua dalam sukan boling padang...

Tunggu Dan Lihat Pakatan...

KOTA BHARU - PAS akan mengambil sikap 'tunggu dan lihat' cadangan penubuhan pakatan...

Politik Sekular DAP Berbahaya...

KUALA LUMPUR - "PAS mengingatkan rakyat bahawa politik DAP adalah bahaya untuk negara,"...

Buat Aksi Bahaya Semata-Mata Kerana ‘Likes’

BODOH. Tindakan dua budak lelaki yang baring di atas landasan ketika kereta api laju melalui landasan itu, semata-mata untuk mendapatkan `likes’ dalam media sosial telah menerima kecaman hebat daripada masyarakat di Republic Czech.

Aksi mengejutkan itu telah dirakamkan namun kini sudah dipadamkan dari media sosial.

Menurut ketua landasan, Martin Drapal, dua budak berkenaan mungkin akan mati sekiranya kereta api tersebut bergerak lebih laju kerana mereka terbaring di bawah kereta api terbabit ketika ia sedang bergerak.

“Angin yang dibawa oleh kereta api itu boleh mengangkat baju yang dipakai dan ia boleh tersangkut di bawah keretapi. Jika kereta api itu bergerak selaju 37 ke 43 batu sejam, ia boleh menyebabkan kematian,’’ katanya.

Tindakan dua budak terbabit juga mengakibatkan pemandu kereta api itu kelam kabut dan menyembunyikan hon.

Aksi mereka itu sama seperti dalam filem dan mendebarkan bagi sesiapa yang menontonnya.


Video itu dipercayai dirakamkan di bandar Usti nad Labem.

Pihak berkuasa kini sedang mencari dua budak terbabit yang sanggup membahayakan nyawa mereka itu kerana telah melanggar undang-undang.

“Mereka boleh didenda sebanyak RM360,’’ kata Drapal. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori