Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

PPS Perlu Diwujudkan Semula

GEORGE TOWN - Pasukan Peronda Sukarela (PPS) perlu dihidupkan semula di negeri ini...

Bencana Tsunami 26 Dis...

SUNGAI PETANI - Sungguhpun 10 tahun sudah berlalu, namun kesedihan kehilangan insan tersayang...

Rakyat Malaysia Bersatu Peringati...

KUALA LUMPUR - Bersempena ulang tahun pertama kehilangan pesawat Malaysia Airline MH370 hari...

Polis Lupus Mesin Judi...

KUALA LUMPUR- Sebanyak 1,006 unit mesin judi bernilai RM3.01 juta yang dirampas dalam...

Budak Hilang Sejak 31 Okt Ditemui Di Hentian Bas

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan Noor Ayrill Aqasha Noor Shahril, 10, yang dilaporkan hilang sejak Isnin lepas, ditemui selamat semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Chong Kok Sin berkata kanak-kanak itu ditemui bersendirian oleh abang rakannya, Mohd Ismail Abdullah, 15, di sebuah perhentian bas di Bukit Ampang, di sini kira-kira 7.30 petang semalam dalam keadaan lemah.

Katanya berdasarkan pemeriksaan doktor, tiada sebarang kecederaan ditemui pada Noor Ayrill Aqasha.

“Kanak-kanak itu masih belum mahu menceritakan di mana dan dengan siapa dia pergi sepanjang kehilangannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Noor Ayrill Aqasha dilaporkan hilang pada 31 Okt lalu selepas keluar dari bilik sewa bapanya di Jalan Jejaka 5, Taman Maluri, di sini.


Kehilangan Noor Ayrill tersebar di laman sosial sejak semalam selepas ibu bapanya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi mereka selain memaklumkan kepada polis.

Sementara itu, Siti Rohayu Yaakob, 37, ibu kepada Noor Ayrill Aqasha, berterima kasih kepada semua pihak yang membantu mencari dan mendoakan keselamatan anak sulung daripada tiga beradik itu.

“Saya bersyukur anak sudah ditemui… terima kasih kepada Mael(Mohd Ismail) yang menemui dan memberitahu kami,” katanya ketika dihubungi Bernama. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori