Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Anwar Bebas, Proses Peralihan...

DATUK Seri Anwar Ibrahim dibebaskan hari ini dan melangkah keluar dari Hospital Rehabilitasi...

Mahu Pegawai Felda Beri...

BERA - Anggota Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengalu-alukan kehadiran pegawai...

Kajian Jihad Perangi Orang...

SERDANG - Hasil kajian pelaksanaan program 'Jihad Memerangi Orang Tengah' akan diketahui Disember...

LHDN Kutip Cukai RM175...

LANGKAWI : Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merekodkan kutipan hasil cukai luar biasa...

Buruh Mengaku Salah Rasuah Inspektor Polis

MELAKA – Seorang buruh binaan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memberi suapan wang tunai RM370 kepada seorang inspektor polis, pada Ogos lepas.

Hakim Mohd Nasir Nordin menetapkan 21 Dis depan untuk menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh Tan Wee Kuang, 34, selepas dia membuat pengakuan itu semasa kes disebut di hadapannya.

Tan didakwa memberi suapan itu kepada Insp Mudzaffar Shah Zulkefli bertugas di Cawangan D7, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka sebagai dorongan tidak mengambil tindakan ke atasnya kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di tingkat dua premis di Taman Semabok Perdana di sini pada 7.15 malam, 23 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi.


Hakim Mohd Nasir membenarkan Tan diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa SPRM Ong Cheng Hian manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori