Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Masyarakat Perlu Tahu ‘Dosa’...

KUALA LUMPUR - Penulis buku veteran, Syed Hussein Al-Attas menyifatkan buku ditulisnya mengenai...

21 Laporan Salah Laku...

POLIS menasihati pengundi supaya keluar awal dan yakin keselamatan mereka terjamin sepanjang proses...

Himpunan Bantah GST: Pakatan...

KUALA LUMPUR - Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN), Khalid Abd. Samad seolah-olah...

Haziq Hot FM Terkejar-Kejar...

PENYAMPAI radio Hot FM, Haziq berkata dia berdepan cabaran apabila isterinya iaitu Ayunda...

Calon SPM Bertubuh Sado Sensasi Dalam Facebook

SEORANG remaja yang berbadan sado lengkap berpakaian sekolah menjadi sensasi dalam laman sosial beberapa hari lalu.

Foto-foto remaja itu malah telah dikongsi oleh sebuah page di Facebook sekali gus mencetuskan rasa cemburu segelintir kaum Adam.

Apa tidaknya, baru sahaja berusia 17 tahun, remaja yang menggunakan nama samaran fauzanmuscles di Instagramnya memiliki bentuk badan persis atlet bina badan.

Calon SPM Sado Sensasi di Facebook

Fauzan merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mahmud Paduka Raja 1 Tanah Merah, Kelantan ini sama seperti rakan-rakan seusianya yang lain kini sedang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menerusi foto yang tersebar, Fauzan atau nama sebenarnya Muhammad Fauzan Abdul Rashid dilihat mempamerkan beberapa pose sehingga jelas kelihatan otot lengannya yang kekar dan berurat.

Calon SPM Sado Sensasi di Facebook

Calon SPM Sado Sensasi di Facebook


Fauzan menerusi laman sosial itu turut mengumumkan bahawa dia bakal bertanding di Kejohanan Besar Bina Badan ‘MR.KELANTAN’ dalam kategori badan cantik dan bakat baru pada 24 Disember akan datang.

Malah dia juga berhasrat untuk menyertai pemilihan Mr. Malaysia yang akan berlangsung pada tahun hadapan sebagai wakil Kelantan.

Difahamkan Fauzan mampu menghabiskan 20 keping roti Gardenia sehari untuk mendapat bentuk badan idaman selain menjalani latihan di gim.

Bagi abang-abang kat luar yang bercita-cita untuk memiliki badan sado macam adik Fauzan ni, bolehlah amal tips yang dikongsinya itu. Moga sado la jadinya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori