Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

192 Orang Hilang Tertimbus...

COLOMBO – Sekurang-kurangnya 192 orang hilang susulan kejadian tanah runtuh di tengah Sri...

Balu Lega Suspek Bunuh...

TUMPAT - Balu mangsa yang maut ditikam di tempat letak kereta Majlis Agama...

Myvi Baharu Dapat Persijilan...

PUTRAJAYA - Perodua Myvi baharu telah menerima penarafan keselamatan lima bintang daripada Program...

Bakal Pengantin Diperkosa Dua...

Kuantan: Seorang gadis yang bakal mendirikan rumah tangga menempuh detik cemas apabila dilarikan...

Tak Tertekan Duduki Peperiksaan Di Hospital

IPOH – Dua calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berkata mereka tidak menghadapi tekanan walaupun terpaksa menduduki peperiksaan di sebuah hospital swasta di sini, hari ini.

Bagi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Micheal Ipoh M.S. Karthikraj, walaupun tidak menduduki peperiksaan di sekolah seperti rakan-rakan lain, ia bukan satu halangan baginya untuk menjawab soalan peperiksaan.

“Pada mulanya saya rasa agak takut dan gementar kerana kertas soalan diberikan kepada saya agak lewat, bagaimanapun perasaan saya seperti biasa ketika menjawab soalan dan segalanya berjalan lancar,” katanya ketika ditemui pemberita.

Anak sulung daripada dua beradik itu mengalami patah kaki kiri setelah motosikal yang dinaikinya dilanggar oleh sebuah bas kilang ketika baru pulang dari gereja pada jam 7.40 petang semalam.

Dia berkata kejadian itu agak mengejutkannya kerana ia berlaku sehari sebelum peperiksaan bermula, namun bernasib baik kerana dia telah membuat persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan itu.

Karthikraj berharap agar dia segera sembuh dan dapat menduduki peperiksaan bersama rakan-rakan di sekolah.

Sementara itu, Liew Kah Meng berkata dia dimasukkan ke hospital itu selama dua minggu setelah mengalami demam, batuk dan sukar bernafas.


Liew berkata dia tidak mempunyai sebarang masalah apabila terpaksa menduduki peperiksaan di hospital kerana ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa gementar dan tekanan ketika menjawab soalan.

“Kalau duduki peperiksaan di sekolah ada rasa gementar kerana ramai orang. Walaupun berada di hospital, saya tetap mengulangkaji pelajaran dan rakan-rakan banyak membantu,” kata pelajar SMK Pusing di sini.

Dua pelajar berkenaan antara enam pelajar di Perak yang menduduki peperiksaan SPM di empat hospital.

Sebanyak 37,706 calon menduduki peperiksaan di negeri ini, dengan 323 pusat peperiksaan disediakan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori