Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

FAM Bincang Isu Gary...

PETALING JAYA - Isu perebutan membabitkan tiga pasukan bagi mendapatkan khidmat pemain tengah...

Anzalna Mahu Tema Perkahwinan...

ANZALNA Nasir yang baru sahaja mengumumkan tarikh pernikahannya pada 21 Februari tahun depan...

Comel! Justin Timberlake Kongsi...

TIDAK seperti kebanyakan selebriti tempatan yang gemar menunjukkan anak mereka menerusi media sosial,...

PBB Lancar Kempen Bantuan...

NEW YORK : Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dijadual melancarkan kempen, hari ini, untuk...

Cincin Kahwin Ditemui Pada Lobak Setelah 3 Tahun Hilang

SEORANG lelaki tempatan berusia 82 tahun di Jerman kehilangan cincin kahwinnya tiga tahun lalu semasa berkebun di halaman rumahnya.

Namun warga emas yang berasal dari Bad Muenstereifel itu bernasib baik kerana berjaya ‘disatukan’ semula dengan cincin perkahwinannya itu.

Difahamkan cincin emas tersebut malah ditemui secara tidak sengaja oleh dirinya sendiri ketika dia menuai hasil tanamannya itu.

Cincin Kahwin Ditemui Pada Lobak Setelah 3 Tahun Hilang

Menerusi gambar yang dikongsi oleh sebuah laman antarabangsa, cincin emas itu terlekat pada umbisi lobak merah yang ditanamnya.

Malah menurut lelaki berkenaan, mendiang isterinya pernah berkata kepadanya bahawa cincin kahwin mereka pasti akan ditemui.


Ternyata telahan arwah isterinya itu benar namun yang sedihnya wanita itu tidak dapat menyaksikan sendiri bahawa nalurinya betul kerana telah meninggal dunia enam bulan lalu.

Penemuan cincin emas itu menjadi momen indah baginya seolah-olah dirinya disatukan semula dengan arwah isterinya.

Terdahulu sepasang suami isteri dari St. Louise, Missouri, Amerika Syarikat terpaksa bergelumang dalam longgokan sampah mencari sebentuk cincin bertatahkan berlian bernilai AS$400,000 (RM1.62 juta) seberat 12.5 karat yang terbuang secara tidak sengaja ketika mencuci tangan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori