Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Operasi Kesan Paraglider Hilang...

MARANG - Operasi mencari dan mengesan paraglider yang dikhuatiri hilang berhampiran Taman Buaya,...

Pemuda UMNO Sabah Desak...

KOTA KINABALU – Pemuda UMNO Sabah mendesak presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid...

SPRM Terima Senarai Pemain,...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menerima senarai nama dan...

Sering Tayang Harta, Ex...

PENYANYI antarabangsa, Chris Brown disaman oleh bekas teman wanitanya, Nia Guzman kerana enggan...

Cub Prix: Kasma Juara Keseluruhan Kategori CP130

TAIPING – Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2016 yang berakhir di sini menyaksikan Kasma Daniel Kasmayudin dinobatkan juara keseluruhan bagi kategori CP130 musim ini.

Pelumba pasukan Petronas Yamaha Maju Motor itu mengumpul 178 mata selepas 10 pusingan.

Tempat kedua keseluruhan milik rakan sepasukan Kasma Daniel iaitu Ahmad Fazli Sham dengan kutipan 136 mata diikuti pelumba Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing Norizman Ismail yang mengutip 108 mata.

Pada perlumbaan hari ini, pelumba Petronas Yamaha CKJ, Ahmad Afif Aman menjuarai kategori itu dengan catatan masa 18:27.321s, diikuti Md Zaqhwan Zaidi dari GIVI Honda Yuzy Racing (18:28.637s) dan pelumba Petronas Yamaha Maju Motor Abd Muhaimin Roslan (18:34.219s).

Ahmad Afif ketika ditemui berkata persaingan pada kali ini sangat sengit dan mencabar kerana kedudukan trek yang beralun selain permukaan jalan yang kasar.


“Namun begitu saya dapat bersaing dengan baik walaupun diikuti rapat oleh beberapa pelumba yang lain. Ini merupakan kemenangan pertama saya tahun ini,” katanya.

Sebanyak enam kategori dipertandingkan dalam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2016 iaitu Wira; CP115; CP130, Petronas Sprinta Pro-Am Cup; Yamaha Petronas Super Series dan Honda Wave Alpha Challenge.

Bagi kategori CP115 ia dimenangi Md Akid Aziz dari pasukan Petronas Yamaha Maju Motor, manakala kategori Wira milik pelumba pasukan Weststar Motorsport, Md Qhuwarismi Md Nasir. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori