Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

ERC Serah Laporan Interim...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) hari...

Alami Keguguran, Ika Nabella...

PELAKON Ika Nabella mendapat berita duka apabila kandungannya yang sudah mencecah dua bulan...

Gudang Dan Kilang Perabot...

PETALING JAYA - Kira-kira 200 pekerja sebuah gudang dan kilang perabot di Jalan...

Wanita Didakwa Penyebab 6...

KUALA LUMPUR - Seorang wanita hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini...

Curi 4 Bateri Generator, Bapa 2 Anak Dipenjara

KUALA LUMPUR – Seorang bapa dua anak dipenjara sehari dan didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku bersalah mencuri empat bateri generator.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Arif Akbar Bacha, 25, selepas dia mengaku bersalah mencuri empat bateri tersebut yang bernilai RM1,000 milik pihak pengurusan Mahasa Villa Apartment.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu bersama-sama dua lagi yang masih bebas di bilik Telekom Malaysia, Mahasa Villa Apartment, Jalan Persiaran Pelangi, Setapak, di sini pada 5.30 petang, 2 Sept lepas.

Mahkamah turut memerintahkan Muhammad Arif dihukum penjara tiga bulan jika gagal membayar denda.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna Hanim Abd Halim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran, bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu denda ringan dengan alasan dia perlu menanggung dua anak masih kecil.

Di mahkamah sama, seorang penganggur, Jaafar Mohd Khuzari, 35, dihukum penjara sehari dan denda RM2,500 selepas mengaku bersalah mencuri empat botol kismis jenama Sunmaid Natural California berharga RM75.96 milik Pasaraya UO Superstore, di Jalan Tunku Abdul Rahman, di sini pada 5.10 petang, semalam.


Ahmad Solihin memerintahkan Jaafar dipenjara 30 hari lagi sekiranya gagal membayar denda itu.

Terdahulu, tertuduh memohon denda yang minimum bagaimanapun, Norelynna Hanim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kerana kesalahan itu bukan kesalahan pertamanya.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda serta bagi kesalahan kedua hendaklah diseksa dengan penjara dan bolehlah juga dikenakan denda atau sebat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori