Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Perlumbaan Lasak Spartan Antara...

PUTRAJAYA - Bersempena sambutan Hari Sukan Nasional, Perlumbaan Reebok Spartan yang merupakan antara...

Najib Mahu TH Jaga...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta Lembaga...

Individu Aktif Samun, Pecah...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang dipercayai aktif melakukan kegiatan samun dan pecah...

Pelaksanaan Skim Kawalan Harga...

PUTRAJAYA - Skim Kawalan Harga Bulan Ramadan (SKHBR) 2017 telah bermula 22 Mei...

Dadah Bernilai RM56,888, Senapang Angin Dirampas

KOTA BHARU – Polis Kelantan menahan 449 orang dan merampas dadah bernilai RM56,888 serta selaras senapang angin, dalam Operasi Mingguan Jihad Memerangi Dadah sejak 2 Nov lepas di negeri ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata daripada bilangan itu, seramai 13 orang disyaki pengedar dadah, 149 disyaki memiliki dadah, 286 orang positif dadah manakala seorang ditahan di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas.

“Kita dapati dalam kebanyakan operasi, dadah jenis pil kuda (methamphetamine) adalah paling banyak dirampas, dan dalam operasi minggu ini pil kuda yang dirampas adalah sebanyak 1,228 biji.

“Dadah lain yang dirampas adalah heroin, ganja, syabu, Eramin 5, ubat batuk, daun dan air ketum,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Ab Rahman berkata polis menahan enam lelaki dan merampas sebotol air daun ketum serta sepucuk senapang angin dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Tujuh, Tumpat pada pukul 3 petang semalam.


“Seorang daripada suspek berusia 36 tahun mempunyai lima rekod kesalahan lampau dan didapati positif opiate manakala yang lain negatif dadah,” katanya.

Dalam tangkapan terbaharu pukul 10 pagi tadi, polis menahan empat lelaki berusia antara 32 dan 47 tahun yang positif morfin dalam satu serbuan di kawasan semak berdekatan Kampung Pak Kerau, Tumpat.

Dalam serbuan itu polis menjumpai 12 botol mengandungi serbuk putih dipercayai dadah jenis heroin bernilai RM24,000. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • dadah

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori