Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

[TIDAK RASMI] Dzulkefly Diekori...

PETALING JAYA: Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Dr....

NTP Wujudkan 1.8 Juta...

KUALA LUMPUR - Program Transformasi Negara (NTP) mewujudkan 1.8 juta pekerjaan antara 2010...

Negara Mereka ‘Berperang’ Tapi...

MADINAH - "Labbaikallah hummalabbaik" itu lafaz panggilan popular seruan Kaabah setiap tahun yang...

Najib Hadir Rumah Terbuka...

BUTTERWORTH - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menghadiri Majlis...

Dakwaan Jual Soalan SPM: Laporan Polis Dibuat

KUALA LUMPUR – Lembaga Peperiksaan Malaysia hari ini membuat laporan polis berhubung laporan sebuah akhbar berbahasa Cina yang mendakwa terdapat sindiket menjual soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata laporan polis itu dibuat tengah hari tadi di Putrajaya bagi membolehkan siasatan terperinci dilakukan oleh pihak berwajib mengenai dakwaan itu.

“Kita memandang serius pada perkara-perkara ini, kita biasanya cuba menyelesaikan masalah di bawah kementerian melalui laporan dan siasatan kita sendiri tapi ini sudah keterlaluan,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis program pendidikan digital MOE UBSM Digital Education Odyssey 2016, di Sekolah Antarabangsa Parkcity, di sini.

Akhbar berkenaan pada Ahad lepas melaporkan sindiket itu didalangi pegawai tinggi Kementerian Pendidikan.

Bagaimanapun, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid semalam berkata setakat ini tiada sindiket seperti yang didakwa akhbar tersebut.

Kamalanathan berkata laporan polis dibuat untuk memberi peringatan kepada semua pihak agar tidak menyebarkan sebarang maklumat terutama berkaitan peperiksaan yang belum diketahui kesahihannya.

Beliau juga mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang maklumat palsu mengenai peperiksaan SPM 2016 yang sedang berlangsung kini kerana ia akan menyebabkan emosi 434,535 calon yang menduduki peperiksaan itu terjejas.


“Mereka yang lakukan perkara ini tidak memahami situasi seorang pelajar yang bersiap sedia menduduki peperiksaan SPM. Bagi saya mereka zalim. Pelajar-pelajar ini melalui pelbagai rintangan dalam pelbagai aspek. Apabila perkara yang tidak benar kita viralkan secara palsu, mereka yang terjejas… emosi mereka terganggu,” katanya.

Baru-baru ini Kementerian Pendidikan Malaysia turut menafikan berlaku kebocoran kertas peperiksaan Sejarah Kertas 1 dan 2 SPM seperti yang disebarkan melalui media sosial.

Program MOE UBSM Digital Education Odyssey 2016 berperanan sebagai platform untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat tentang kepentingan dan kerelevanan Tekonologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam meningkatkan disiplin pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan dari peringkat prasekolah hingga pendidikan tinggi.

Bertema “Digital Dimensions in Learning and Teaching’, program itu dianjurkan Kementerian Pendidikan dengan kerjasama kedai buku akademik, University Book Store Malaysia.

Selain program hari ini di Kuala Lumpur, MOE UBSM Digital Education Odyssey 2016 juga akan diadakan di Kuching, Sarawak pada Khamis dan Jumaat ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori