Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mercedes Malaysia Catat Rekod...

Pernah terfikir berapa banyak kereta mewah yang boleh dijual di Malaysia dalam satu...

Nahas Helikopter: Anggota Keluarga...

KUCHING - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat membawa 10 orang jurukaunseling untuk...

Bunuh Diri Kerana Rasa...

LONDON- Seorang lelaki mengambil jalan pintas dengan membunuh diri kerana tidak mampu lagi...

Kasanova Menyamar ‘Inspektor Vijay’...

Georgetown - Polis mengesahkan seorang lelaki berpendidikan setakat darjah empat yang menyamar sebagai...

DAP Akan Lawan RUU355 Di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR – DAP akan menentang usaha PAS untuk memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah di negara ini semasa pembentangan usul RUU355 di Dewan Rakyat.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, RUU355 sebuah undang-undang yang menghampiri hukum hudud yang bercanggah dengan Perlembagaan Negara.

“Usul yang dikemukakan PAS itu akan meningkatkan hukuman penjara kepada 30 tahun, denda RM100,000 dan sebatan 100 kali kaatas pesalah syariah.

“Hukuman syariah ketika ini adalah tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam sebatan rotan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mendakwa kononnya DAP menghormati kemahuan umat Islam untuk membuat keputusan mengenai agama mereka sendiri.


Bagaimanapun, katanya, umat Islam tidak boleh mengenepikan bukan Islam Malaysia yang mahu melihat Perlembagaan Persekutuan yang bersifat sekular dikekalkan.

Justeru, beliau mengingatkan semua pihak bahawa usul yang dibawa oleh PAS untuk memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah menuju ke arah hukum hudud. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori