MESKIPUN tergolong dalam kategori warga emas, ianya tidak mengalang seorang datuk dari China untuk kekal aktif dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Lelaki lanjut usia yang dikenali sebagai Zhang berusia 72 tahun dari wilayah Chengdu itu dirakam aktif bersenam di sebuah taman di bandar berkenaan.
Menerusi beberapa keping foto yang dikongsi oleh sebuah portal tempatan negara itu, Zhang dilihat bersenam dengan hanya memakai seluar pendek dan tidak berbaju.
Difahamkan aktiviti bersenam dengan hanya berseluar pendek telah dilakukan Zhang sejak 12 tahun lalu tidak mengira musim hatta musim sejuk sekalipun.
Kebolehan Zhang melakukan beberapa posisi senanam yang jarang-jarang boleh dibuat oleh warga emas seusianya telah menarik perhatian beberapa netizen yang turut berada di kawasan bandar berkenaan.
Dari raut wajahnya memang jelas kelihatan Zhang nampak sudah berusia, namun bentuk badannya dan stamina yang dimilikinya seolah-olah tidak jauh berbeza dengan anak-anak muda. – MYNEWSHUB.CC