Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Wujud Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk mewujudkan Suruhanjaya Perkhidmatan...

WhatsApp, Instagram, FB Messenger...

FACEBOOK merancang melakukan penggabungan sistem perkhidmatan pesanan WhatsApp, Instagram dan Facebook Messenger. Ini bagi...

PH Dapat Mandat Bentuk...

IPOH - Pakatan Harapan (PH) Perak mendapat mandat membentuk kerajaan negeri selepas berjaya...

Warga Prihatin Biaya Kos...

HASRAT seorang bapa yang ingin menyambut Aidilfitri bersama keluarga disamping menghadiri majlis graduasi...

Datuk Vida Terkejut, Sedih Annuar ‘Tinggalkan’ KAFA

PENASIHAT Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman mengakui terkejut bercampur sedih dengan tindakan mengejut Tan Sri Annuar Musa meletak jawatan selaku presiden persatuan itu.

Pasa masa sama, beliau yang dikenali sebagai Dr. Vida dan merupakan penaja utama skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) turut menyifatkan KAFA seakan ‘kehilangan sesuatu’ jika Annuar tiada dalam induk itu.

Kata beliau, Annuar merupakan tunjang terhadap kebangkitan bola sepak Kelantan hingga mampu meraih lapan kejuaraan termasuk gelaran trebel apabila merangkul tiga piala berbeza pada 2012.

“Beliau banyak membantu dalam perkembangan arena bola sepak Kelantan dan saya amat terkejut dengan keputusan ini.

“Saya sebelum itu ada juga ‘cakap-cakap’ sebegini, tapi memang tak sangka dia letak jawatan. Sebenarnya, beliau sangat diperlukan di dalam KAFA,” katanya.

Sementara itu, Dr. Vida turut mengulas mengenai isu penajaannya dengan PQPTRW pada masa depan setelah pengunduran Annuar yang merupakan Ahli Parlimen Ketereh.

Jelas Dr. Vida, beliau mengambil pendekatan tunggu dan lihat memandangkan kontraknya bersama-sama dengan pihak KAFA masih lagi ada sehingga 2017.


“Mengenai tajaan saya, biar KIV (menunggu) dulu sampai tahun 2018 nanti… tengok keadaan ekonomi pulak macam mana,” katanya.

Pada Rabu, Annuar mengejutkan ramai apabila memuat naik surat peletakan jawatan di laman Facebooknya yang dihantar kepada Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md. Noor, yang telah berkuat kuasa serta merta. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Agenda Daily

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori