Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lembaga Disiplin PKR Panggil...

KUALA LUMPUR – Lembaga Disiplin PKR telah diminta menghubungi Menteri Besar Selangor, Amirudin...

Anak Mat Sabu Diarah...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini mengarahkan anak Menteri Pertahanan,...

Polis Siasat Kes Tumpahan...

GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang akan menyiasat punca tumpahan cecair merkuri hingga...

Warga Emas Cedera Parah...

KOTA TINGGI - Seorang wanita warga emas cedera parah akibat disamun di kediamannya...

Demonstrasi Haram Musnah Kehormonian Negara – Joseph

NIBONG TEBAL – Demonstrasi haram boleh memusnahkan keharmonian negara dan penunjuk perasaan tidak menghormati undang-undang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup.

Joseph berkata perpaduan menyatukan rakyat dan sebagai warganegara, setiap individu perlu memainkan peranan mereka dalam melindungi negara ini.

“Mereka yang menghadiri perhimpunan haram itu tidak mempunyai kedaulatan undang-undang yang ditetapkan dalam perlembagaan,” katanya pada majlis pelancaran program penghargaan negeri “Demi Negara” di pusat peranginan Bukit Jawi di sini hari ini.

Pada 19 Nov lepas, kedua-dua himpunan Bersih dan Baju Merah telah diadakan dan polis menganggap haram di Kuala Lumpur. Bagaimanapun, tiada kejadian yang tidak diingini berlaku semasa perhimpunan itu.

Joseph berkata, negara memerlukan undang-undang seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) Akta 2012 untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian di negara ini.

“Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, kita mesti mematuhi undang-undang dan jika kita melampaui ia, ia akan memusnahkan keharmonian yang kita kecapi,” katanya.


Pada masa ini, Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah, orang pertama yang ditahan di bawah akta itu bagi membantu siasatan polis atas dakwaan penglibatan dalam aktiviti yang boleh memudaratkan demokrasi berparlimen.

Dalam ucapannya, Joseph juga telah menyeru rakyat Malaysia untuk menentang unsur negatif yang kini menguggat perpaduan dan kemakmuran negara.

“Kita perlu menggalakkan rakyat agar mempunyai kepercayaan dan mengukuhkan semangat patriotisme pada diri dan mengambil bahagian dalam membina Malaysia yang lebih baik dan bersatu pada masa depan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori