Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Nama Nanggala Merujuk Kepada...

NANGGALA adalah nama salah satu senjata milik Dewa Balarama. Mengikut hikayat, Balarama memiliki...

Caliph Buskers Mahu Terus...

KUMPULAN Caliph Buskers yang cacat penglihatan akan terus menjadi pemuzik jalanan biarpun nama...

‘Ratu Naga’ Disyaki Muat...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja...

Semakin Laris.. Taufik Batisah...

PENYANYI Singapura, Taufik Batisah sedang merancang untuk bepindah ke Malaysia bagi memudahkan perjalanan...

GV3: Nyanyi Lagu Sendiri, Nora ‘Anak Emas’ Astro?

GARA-GARA memberikan peluang penyanyi Nora menyanyikan lagunya sendiri di pentas pertandingan separuh akhir Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) minggu hadapan, sesetengah netizen melabelkan penyanyi itu sebagai ‘anak emas’ Astro.

Netizen menyifatkan ia tidak adil untuk peserta lain yang terpaksa bertungkus lumus menghafal lagu penyanyi lain selama satu minggu ini.

GV3: Nyanyi Lagu Sendiri, Nora 'Anak Emas' Astro?
Raqim Ahmad Ramli.

Mengulas mengenai hal itu, Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad Ramli menjelaskan, “Ketiga-tiga lagu yang diberikan tidak diterima oleh pihak Nora, mungkin kerana range yang berlainan dan sebagainya.”

“Hanya Nora dan Siti Sarah yang tidak mengambil lagu yang dipilih media,” ujarnya memetik Astro Awani.

Untuk minggu separuh akhir yang akan diadakan Ahad ini, Nora mendapat lagu Sandiwara bagi pilihan daripada pihak media.

Untuk minggu hadapan, peserta perlu menyanyikan sebuah lagu iaitu pilihan media serta satu lagu duet yang dipilih Astro.


Pada konsert minggu keenam semalam, penyanyi Zur Eda tersingkir manakala Gmie Screen terselamat selepas imuniti diberikan kepadanya.

Kini tinggal tujuh peserta sebelum melangkah ke pertandingan akhir iaitu Zarul Umbrella, Azharina, Siti Sarah, Nora, Intan Sarafina, Gmie Screen dan Ameng Spring. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori