Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Dulu Pekik Mahu Hapus...

SINIS... Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi mengkritik kerajaan apabila seolah-olah tidak...

KPM Bincang Kenaikan Gaji...

NIBONG TEBAL  - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam radar perbincangan berhubung saranan menaikkan...

Warga Uganda Dipenjara 6...

KUALA LUMPUR - Akibat menawarkan khidmat seks kepada anggota polis, seorang wanita warga...

Aktor Hamilkan Wanita, Mohon...

BAGAIKAN pisang goreng panas, pendedahan demi pendedahan sedang rancak terbongkar nampaknya ke atas...

Dicemuh ‘Dihumban Ke Neraka’, Ini Komen Izwan

SUSULAN dicemuh dihumbankan ke neraka gara-gara melakukan tugasannya sebagai penyampai berita, personaliti TV3, Izwan Azir Salleh tampil memberikan jawapan balas buat netizen yang tergamak mendoakannya sebegitu.

Menerusi laman Facebook miliknya, Izwan menulis, “Saya mendoakan mereka yang membuat doa itu semoga dilindungi Allah hendaknya dan diberikan kehidupan yang baik. InsyaAllah, saya tidak berdendam dan memaafkannya kerana Allah sendiri mengampunkan dosa hamba-hambaNya yang zalim, apalah saya yang kecil ini nak membenci mereka pula.”

“Kerja dan ibadah saya adalah dalam nawaitu yang hanya diketahui Allah. Oleh itu cukuplah Allah sahaja yang mengetahuinya dan memberi balasan buruk atau baik kepada saya,” tulisnya.

Dicemuh 'Dihumban Ke Neraka', Ini Komen Izwan

Posting berunsur hinaan itu dikeluarkan berikutan sesetengah netizen yang tidak berpuas hati dengan laporan Bersih 5 yang disifatkan hambar oleh Buletin Utama TV3.

Baca: Biadap! Netizen Doa Pembaca Berita TV3 Masuk Neraka

Lantas tak semena-mena Izwan selaku pembaca berita untuk laporan itu teruk dicemuh sehinggakan ada yang menyelarnya sebagai binatang malah mendakwa gaji yang diterimanya itu adalah haram.


Beberapa netizen  turut mempertahankan Izwan kerana menyifatkan personaliti itu hanya menjalankan tugasnya dan tidak sepatutnya dia mendapat cemuhan kasar seperti itu. – MYNEWSHUB.CC 

Dicemuh 'Dihumban Ke Neraka', Ini Komen Izwan

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori