Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Bunuh Anak Rakan Kerana...

TUARAN - Seorang remaja lelaki maut, manakala adik perempuan cedera parah ditetak dengan...

Jawapan Balas Mahathir Kasar...

1. TUN M sudah pun membalas balik komen Tuanku Sultan Johor. Begitu juga...

Audit: PSK Tanggung Tunggakan...

KUANTAN - Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (PSK) menanggung tunggakan cukai termasuk denda berjumlah...

Polis Buka Siasatan Kes...

SIASATAN kini dilakukan bagi mencari dalang kebocoran kertas soalan Sains Ujian Penilaian Sekolah...

Doktor Berjaya Selamatkan Nyawa Kucing Guna CPR

KITA selalu dengan tentang perumpamaan bahawa kucing mempunyai sembilan nyawa. Namun sama ada ianya fakta atau mitos masih lagi tiada kajian tepat mengenainya.

Pun begitu, seekor kucing di Turki membuktikan dia mempunyai lebih daripada satu nyawa apabila kembali bernafas setelah diberi rawatan CPR. Kedengaran aneh, bukan?

Menurut laman Daily Mail, kucing berkenaan mulanya terkena serangan jantung menyebabkan dia tidak sedarkan diri selepas terperangkap di pintu automatik di sebuah hospital tempatan.

Bagaimanapun, atas kepantasan para doktor hospital berkenaan yang bergegas di tempat kejadian itu, nyawa kucing tersebut berjaya diselamatkan.

Rakaman video berdurasi 54 saat itu sekali gus tersebar menjadi viral.

Menerusi rakaman itu, kucing berwarna putih berkenaan dilihat terlantar tidak sedarkan diri sementara para doktor memicit-micit dada.


Ajaibnya, 30 saat kemudian, kucing berkenaan dilihat kembali bernafas dan para doktor segera memeriksa denyutan nadinya.

Setelah mendapati denyutan nadi kucing berkenaan masih lemah, doktor terus menerus melakukan CPR pada si comel itu sehingga keadaan menjadi normal.

Difahamkan, kucing berkenaan yang dipercayai kucing jalanan telah pulih seperti biasa. – MYNEWSHUB.CC

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori