Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

“Saya Masih Perdana Menteri”...

KUALA LUMPUR - Dakwaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sokongan majoriti...

‘Mowgli’ Mungkin Sudah Temui...

SEBUAH keluarga mendakwa kanak-kanak perempuan yang ditemui hidup bersama sekumpulan monyet di dalam...

Royalti Minyak: Kelantan Arah...

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan telah mengarahkan peguamnya menarik balik saman berhubung royalti...

Video: Raja Bomoh Buat...

RAJA Bomoh, Ibrahim Mat Zin sekali lagi membuat 'onar' apabila kali ini beliau melakukan...

Ejen Kereta Mewah Dipenjara 6 Tahun, Sebat & Denda

KUALA LUMPUR – Seorang ejen jual beli kereta mewah dihukum penjara enam tahun, tiga sebatan dan denda RM200,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas didapati bersalah menipu seorang ahli perniagaan melibatkan kerugian RM2,450,000, empat tahun lepas.

Hakim Zulqarnain Hassan yang membuat keputusan di akhir kes pembelaan itu juga memerintahkan tertuduh Ahmad Haniff Solhi Omar, 35, menjalani hukuman penjara bermula hari ini dan tambahan 18 bulan penjara sekiranya dia gagal membayar denda itu.

Dalam penghakimannya, Zulqarnain menegaskan keputusannya itu adalah sebagai isyarat kepada mana-mana individu yang terlibat dengan aktiviti jual beli kenderaan mewah agar berhati-hati dan tidak terlibat dengan penipuan.

“Keputusan ini dibuat berdasarkan tahap keseriusan kes tipu jual beli kenderaan mewah, setakat Oktober tahun ini sahaja, sebanyak 455 kes tipu jual beli kenderaan mewah dilaporkan melibatkan kerugian sebanyak RM15 juta,” katanya.

Bagaimanapun, hakim itu membenarkan permohonan peguam Mohd Farid Abdul Aziz yang mewakili tertuduh, untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dan sebat sementara menunggu rayuan terhadap keputusan itu selesai.

Mahkamah menaikkan jumlah wang jaminan daripada RM62,000 kepada RM72,000.

Ahmad Haniff Solhi, didakwa menipu Lokman Kamal Teh, 27, dengan memperdayakannya sehingga mempercayai bahawa urus niaga jual beli kereta import dengan menggunakan nama syarikat Panther Car Co. (M) adalah benar sehingga mendorong mangsa untuk menyerahkan wang sebanyak RM2,450,000.


Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Plaza Damas, Jalan Sri Hartamas 1, Brickfields pada Mei 2012, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, dengan sebatan dan boleh dikenakan denda.

Terdahulu, Mohd Farid dalam rayuannya memohon mahkamah menangguhkan pelaksanaan hukuman tersebut dengan alasan anak guamnya akan memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh mahkamah.

Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Aris Kamalluddin membantah permohonan itu dan memohon mahkamah menaikkan jumlah jaminan sekiranya penangguhan hukuman dibenarkan.

Mahkamah juga menetapkan 14 Dis ini untuk penilaian bagi bayaran ganti rugi yang perlu dibayar tertuduh kepada mangsa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori