Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

African Scam: 30 Warga...

SHAH ALAM - Polis menahan 30 warga asing termasuk tiga wanita yang dipercayai...

3 Jalan Di Perlis...

PADANG BESAR - Tiga jalan utama di Perlis dikenal pasti sebagai kawasan paling...

Aplikasi MyTeksi Atau Uber...

KUALA LUMPUR - Hanya kenderaan berlesen dan mempunyai permit sahaja dibenarkan menggunakan aplikasi...

Anak Maria Chin Abdullah...

ANAK lelaki kepada Anggota Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah cedera ditikam seorang...

Empat Hotspot Denggi Dikesan Di Seremban – JKNS

SEREMBAN – Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) mengenal pasti sebanyak empat lokasi hotspot di daerah ini sebagai kawasan penularan wabak denggi ekoran peningkatan kes yang dilaporkan sehingga Isnin lepas.

Pengarahnya Dr Abdul Rahim Abdullah berkata empat kawasan iaitu Garden Homes fasa F, Seremban 3, Taman Bukit Ampangan dan Garden Avenue, dilaporkan mencatatkan peningkatan kes denggi yang ketara.

“Dari Januari hingga Isnin lepas, kita telah merekodkan sebanyak 2,460 kes berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu 2,014 kes, peningkatan sebanyak 22 peratus.

“Bila kita sebut hotspot bermakna kawasan itu mempunyai kes denggi melebihi empat kes dalam masa dua minggu,” katanya kepada pemberita selepas majlis Sambutan Hari Patologi Sedunia Peringkat Negeri Sembilan di sini, hari ini.


Dr Abdul Rahim berkata dalam usaha mengurangkan wabak denggi di negeri ini, pihak JKNS dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan dan Majlis Perbandaran Seremban bukan sahaja menjalankan pemeriksaan berkala di kawasan perumahan, tetapi juga di tapak-tapak pembinaan.

Beliau berkata sejak Mei hingga Oktober tahun ini, dianggarkan lebih daripada 10 syarikat pembinaan telah diambil tindakan selepas didapati tapak pembinaan mereka menjadi lokasi pembiakan nyamuk aedes. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori