Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Polis Cari Nur Haziqah...

Tangkak : Polis mencari seorang wanita, Nur Haziqah Hamidi yang menjadi saksi penting...

Hujan Lebat Buruk Lagi...

BEIJING - Hujan lebat yang diramal berlaku hari ini hingga esok, dijangka memburukkan...

‘Flight Delay’, PC Istimewa...

SIDANG media khas petang ini dijangka akan bermula lewat gara-gara penangguhan ketibaan pesawat...

Bekas Presiden Israel Maut...

TEL AVIV - Bekas Presiden Israel, Shimon Peres yang menderita penyakit angin ahmar...

Enakmen Pusat Hiburan Perak Akan Dipinda – Exco

IPOH – Kerajaan negeri akan meminda Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Perak 1997 bagi memperincikan definisi sebenar Pusat Hiburan Keluarga (PHK) berikutan terdapat salah guna lesen premis termasuk menjalankan aktiviti perjudian.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Rusnah Kassim berkata cadangan pindaan itu antara lain bertujuan mempertingkatkan kawalan penguatkuasaan bagi mengelak kekeliruan.

“Semua lesen PHK adalah tertakluk di bawah enakmen yang sama dan sebab itu berlaku kekeliruan dan penguasaha mengambil kesempatan menjalankan aktiviti perjudian.

“Apabila penambahbaikan enakmen dilakukan, kerajaan negeri akan menyemak dan menimbang semula kewajaran sama ada mahu lesen PHK diteruskan atau sebaliknya,” katanya.

Beliau menyatakan demikian semasa menjawab soalan tambahan Datuk Sham Mat Sahat (BN-Alor Pongsu) mengenai kewajaran dasar tiada lagi pembaharuan lesen PHK pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Rusnah berkata pada tahun lepas, sebanyak 34 lesen PHK dikeluarkan di Perak, manakala 16 lesen dikeluarkan tahun ini.


Selain itu, katanya, sepanjang tempoh 2015 hingga 2016 sebanyak 34 permis yang mempunyai lesen PHK, diserbu dan didapati terdapat premis yang menyalahguna lesen bagi kegiatan perjudian.

“48 tangkapan dibuat dengan jumlah rampasan mesin sebanyak 73 unit dan wang tunai berjumlah RM16,634,” katanya.

Bagi tempoh sama juga, 38 serbuan telah dibuat ke atas premis yang tidak membaharui lesen PHK dan beroperasi tanpa lesen sah yang membawa kepada 437 tangkapan melibatkan rampasan 562 mesin judi serta dan wang tunai RM56,799, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori