KUALA LUMPUR – Enam syarikat buat julung kali akan menyertai Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2017, kata Kementerian Pertahanan semalam.
Kementerian tersebut menerusi Unit Komunikasi Strategiknya, dalam kenyataan, berkata pengesahan enam syarikat itu dinyatakan semasa pameran Indo Defence 2016 Expo & Forum di Ekspo Antarabangsa Jakarta, Kemayoran, Jakarta.
Enam syarikat itu adalah Boustead Heavy Industries Corporation (BHIC), Muhibbah Engineering (M) Sdn Bhd, Vast Aero (M) Sdn Bhd, Airbus Group dan syarikat dari Turki, Roketsan Missile Industries.
“Penganjuran LIMA 2017 itu dijangka menerima kehadiran sebanyak 40,000 pelawat perdagangan, 80 pesawat, 68 kapal perang/bot, dan 550 pempamer yang terdiri daripada pempamer tempatan dan antarabangsa,” menurut kenyataan itu.
Expo di Jakarta itu yang berlangsung selama empat hari bermula semalam dihadiri Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharum.
Sempena lawatan ke pameran itu, Mohd Johari turut membuat kunjungan hormat ke atas rakan sejawatanya dari Turki, Suay Alpay dan Menteri Pertahanan Indonesia, Jeneral Ryamizad Ryacudu.
Lima 2017 jadual berlangsung dari 21 hingga 25 Mac tahun depan. – BERNAMA