Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lagenda Bollywood Nyanyi Lagu...

Tahukah anda, penyanyi dan Lagenda Bollywood, Lata Mangeshkar pernah menyanyikan sebuah lagu dalam...

Belia Dipelawa Sertai Program...

KUALA LUMPUR - Golongan belia di sekitar ibu negara dipelawa menyertai program Konvoi...

Henti Perbuatan Sebar Berita...

PUTRAJAYA - Pengguna media sosial diingatkan supaya tidak menyebarkan, memuat naik atau berkongsi...

Fitnah Terbaru SR, Tiada...

1. Sehingga kini pertaruhan terbesar Sarawak Report (SR) dan pengkritik 1MDB dalam plot...

Fahami Makna Kesederhanaan, Titah Raja Muda Perlis

KANGAR – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah setiap umat Islam harus memahami makna kesederhanaan dalam Islam supaya setiap tindakan mereka sentiasa berada pada landasan tepat.

Kesederhanaan, titah baginda, adalah satu ciri umum umat Islam berkaitan perwatakan utama yang membezakan mereka dengan bukan Islam.

Baginda bertitah umat Islam harus sedar konsep sederhana meliputi aqidah yakni keyakinan, ibadah dan cara melaksanakannya, akhlak, cara hidup, berinteraksi dan segala sesuatu yang menyentuh persoalan kehidupan dunia.

“Budaya sederhana dan mendaulatkan prinsip keadilan serta kemanusiaan yang diwarisi sejak zaman Nabi Muhammad SAW ini telah membentuk generasi Islam yang mantap dan berkualiti sehingga mengangkat syiar Islam ke seluruh dunia,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin, yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), bertitah ketika merasmikan Seminar Kesederhanaan Islam anjuran Jabatan Mufti Perlis dengan kerjasama MAIPs dan Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) di sini, hari ini.

Pada seminar itu, Anggota Jawatankuasa Fatwa Perlis Dr Maszlee Malik membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Konsep Kesederhanaan dan Melampau Dalam Islam.’


Pendakwah bebas, Dr Mohammad Nidzam Abdul Kadir pula membentangkan tajuk ‘Kesederhanaan Muslim Dalam Dunia Kontemporari’ manakala Anggota Panel Kajian Syariah Perlis Mohd Khairil Anwar Abdul Latif membentangkan tajuk ‘Kesederhanaan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.’

Raja Muda bertitah setiap umat Islam juga harus tahu cara memupuk sifat kesederhanaan dalam kehidupan seharian dan menyarankan mereka mengawal nafsu serta mensyukuri nikmat Allah agar dapat hidup dengan tenteram.

“Dewasa ini pelbagai pengertian dan tafsiran tentang kesederhanaan dimanipulasi dan disalah erti. Jadi, kita kena sentiasa berfikir dan menuntut ilmu yang disyariatkan oleh Islam,” titah baginda.

Bersempena majlis itu, Tuanku Syed Faizuddin melancarkan program ‘Bulan Pendidikan Sirah Rasulullah SAW’ sepanjang bulan Rabi’ul Awal 1438H. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori