Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Polis Buka Kertas Siasatan...

Kuala Lumpur: Satu kertas siasatan berhubung dakwaan Perikatan Nasional (PN) cuba memberi rasuah...

M’sia Di Tempat Kedua...

KUALA LUMPUR - Malaysia berada di kedudukan kedua dalam ASEAN dan ke-19 di...

Kerajaan Tetap Kawal, Pantau...

KEMAMAN - Kerajaan akan tetap mengawal dan memantau penyebaran maklumat di internet bagi...

Pesawah Rayu Kerajaan Salur...

TAIPING - Pesawah padi di kawasan Semanggol dan Selinsing dekat Kerian merayu agar...

FAM Perlu Tetap Pendirian Jika Mahu Boikot Piala AFF

KUALA LUMPUR – UMNO mahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat ketetapan sekiranya berhasrat memulau dan membawa pulang skuad negara daripada beraksi di Piala AFF Suzuki yang sedang berlangsung di Yangon, Myanmar.

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata keputusan itu berada di tangan FAM, namun beliau bersetuju dengan langkah tersebut sekiranya terbukti pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingnya dilakukan kerajaan Myanmar.

“Mungkin ia antara pilihan bagi menunjukkan ketidakpuasan menerusi sukan tetapi sekiranya ada kaedah lain yang lebih efektif dan bijaksana, maka saya fikir sukan tidak perlu digunakan untuk perkara berkaitan politik.

“Kadang-kadang pemboikotan melalui sukan, kesan itu tidak sampai. Jika sukan buat boikot tersebut tapi politik tidak ada, tidak jadi apa. Lagi pun untuk Malaysia menarik diri ia perlu diteliti oleh persatuan sukan bukan oleh kerajaan,” katanya ketika ditemui Bernama.

Annuar turut menjelaskan mengikut statut Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), kerajaan tidak boleh campur tangan secara langsung dalam pendirian sukan tersebut dan amalan politik harus dipisahkan daripada bola sepak.

“Sukan itu melepasi politik, di mana tidak ada politik dalam sukan dan ia lebih bersifat mendukung semangat kesukanan,” katanya.

Menurut beliau sekiranya wujud keadaan ekstrem dan menyentuh kewibawaan sesebuah negara, Malaysia boleh membuat keputusan untuk menarik diri daripada menyertai sesuatu kejohanan sukan.


Annuar memberi contoh di mana kerajaan Malaysia sebelum ini pernah memboikot penyertaan pada Sukan Olimpik Moscow 1980 kerana membantah serangan Kesatuan Soviet ke atas Afghanistan.

Beliau yang juga bekas Timbalan Presiden FAM dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berkata oleh kerana hal itu berlaku dalam negara ASEAN, maka ia wajar menggunakan peringkat diplomatik bagi menghentikan penganiayaan terhadap umat Islam minoriti di Rakhine.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin juga mengesahkan cadangan beliau supaya Malaysia memboikot Piala AFF telah dibawa dalam mesyuarat Kabinet minggu lepas.

Khairy dalam akaun Twitternya berkata: “I raised this issue in Cabinet last week. Will do so again this week and stand guided by decision”. (Saya bangkitkan isu ini dalam Kabinet minggu lalu. Akan berbuat demikian sekali lagi minggu ini dan akan mengikut keputusan.”

Kenyataan itu dilihat sebagai susulan terhadap gesaan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menyeru pasukan negara menarik diri daripada Piala AFF Suzuki sebagai bantahan terhadap tindakan kerajaan Myanmar terhadap etnik Rohingya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori