Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Fitri Haris Belum Sedia...

HAMPIR lapan tahun memegang status duda penyanyi, Fitri Haris mengakui belum bersedia untuk...

Najib Terima Kunjungan Hormat...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima...

Batal ECRL, Memang Wajar...

KUALA LUMPUR - Memang wajar penduduk kawasan pantai timur negara Pahang, Kelantan dan...

Pelantikan Perdana Menteri Kesembilan...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah,...

FB ‘Lawak’ Kata Pengasasnya, 2 Juta Pengguna Telah ‘Mati’

SAN FRANCISCO – Pentadbir Facebook di sini secara tidak sengaja mengisytiharkan pengasasnya sendiri, Mark Zuckerberg dan dua juta penggunanya sudah meninggal dunia pada 11 November.

Bagaimanapun selepas menyedari kesilapan tersebut, pihak pentadbir laman sosial popular di seluruh dunia itu mengaku mereka sudah pun melakukan ‘kesilapan besar’ yang turut menjadi bahan jenaka netizen sejak Jumaat.

“Buat tempoh singkat hari ini (semalam), mesej sepatutnya ditujukan kepada profil pengguna yang sudah meninggal dunia, secara salah dimuat naik ke akaun lain,” kata jurucakap Facebook kepada agensi berita antarabangsa AFP.

“Ini kesilapan besar yang sudah diperbetulkan,” tambahnya. Facebook yang diasaskan Zuckerberg dengan lima rakannya di Harvard pada 2004 lalu setakat ini mempunyai kira-kira 1.72 bilion pengguna aktif di banyak negara.

Laporan media di Amerika Syarikat (AS) menyatakan bahawa sekitar 2 juta mesej untuk memperingati pengguna yang sudah meninggal dunia turut dimuat naik pula ke halaman profil pengguna yang sebenarnya masih lagi hidup.

Bahkan mesej belasungkawa itu juga dimuat naik ke halaman profil pengasas bersama dan ketua eksekutif Facebook sendiri iaitu Zuckerburg sehingga mencetuskan kekecohan dalam kalangan netizen yang meluahkan rasa terkejut.

FB 'Lawak' Kata Pengasasnya, 2 Juta Pengguna Telah 'Mati'

Mesej tersebut meluahkan harapan agar mereka yang menyayangi ‘mendiang’ semasa hayatnya akan mendapat ketenangan hasil catatan-catatan yang ditulis ramai pengguna akaun bagi memberi penghormatan kepada dirinya.

“Kasihan Mark. Beliau memang begitu baik orangnya,” tulis seorang pengguna bernama @JudiS23 dalam satu kicauan menerusi laman sosial Twitter yang turut disertakan dengan tanda emoji berbentuk muka menangis.

Pentadbir rangkaian media sosial Facebook bagaimanapun segera meminta maaf dan menyatakan sedang berusaha keras secepat mungkin untuk memperbetulkan kembali masalah teknikal berkenaan selepas dimaklumkan.

“Saya sepatutnya menggunakan aplikasi Facebook Live untuk menunjukkan bagaimana saya diisytiharkan sudah ‘mati’ di laman Facebook,” seloroh editor portal Search Engine Land, Danny Sullivan menerusi akaun Twitternya.

Secara umum antara ciri canggih Facebook Live ialah membolehkan pengguna sendiri dapat menyiarkan video secara langsung dan masa sebenar melalui laman media sosial itu menjelang detik akhir kematian mereka.

FB 'Lawak' Kata Pengasasnya, 2 Juta Pengguna Telah 'Mati'

Notis obituari atau luahan dalam kenangan yang secara silap dimuat naik ke akaun itu mengandungi pautan borang permohonan yang boleh diserah agar boleh ditukar menjadi halaman peringatan online setelah meninggal dunia.


Antara prosesnya termasuk menyiarkan bukti pengguna itu sudah meninggal dunia. Sesetengah pengguna tertanya-tanya sama ada kesilapan itu sebenarnya bertujuan mempromosikan ciri tersebut, dan bukan kesilapan perisian.

Komen-komen dengan hashtag #FacebookDead atau #FacebookRapture menjadi viral menerusi Twitter, dengan ramai berseloroh bahawa insiden itu memang sesuai sebagai ‘penutup’ berita minggu ini yang penuh kejutan.

Pengguna @billkalpak mengicau menerusi Twitter: “Saya rasa ini cara Facebook menandakan mereka yang ‘mati’ pada Selasa lalu” yang merujuk berita kekalahan scara mengejut Hillary Clinton kepada Donald Trump.

Pengguna @JnPhillip menulis kicauan di Twitter: “Kepada Facebook, Trump tidak menjadi presiden AS yang ke-45 secara rasmi hingga 20 Januari tahun depan. Kemusnahan nuklear hanya berlaku selepas itu pada 21 Januari.”

FB 'Lawak' Kata Pengasasnya, 2 Juta Pengguna Telah 'Mati'

“Tentunya, Facebook tunggu hingga habis 2016 untuk bunuh kami semua,” kicau pengguna Twitter dengan nama @kriheli. Sesetengah pengguna berkata kesilapan itu menjejaskan kepercayaan netizen terhadap ciri Facebook.

Ini kerana kesilapan kecil itu secara tidak langsung membolehkan pengguna ‘mematikan’ pengguna lain selepas berlakunya bencana, atau dakwaan bahawa cerita palsu bukan satu kebimbangan menerusi media sosial itu.

Zuckerberg mempertahankan kewibawaan catatan melalui aplikasi News Feed di laman itu dalam satu persidangan Technonomy di California pada malam sebelum Facebook tersalah menyatakan dirinya sudah meninggal dunia.

Beliau menolak dakwaan bahawa banyak cerita palsu yang dikongsi melalui laman media sosial itu konon membawa kepada kemenangan besar untuk Tump dan tidak dijangka banyak pihak pada pilihan raya presiden AS Selasa lalu.

“Tohmahan konon berita palsu di Facebook, yang membentuk jumlah amat kecil pada kandungan laman ini, telah mempengaruhi keputusan pilihan raya, adalah cerita agak gila,” kata Zuckerberg. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori