Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

Bilionair Microsoft Temui Kapal...

MANILA - Pengasas bersama Microsoft, Paul Allen berkata, dia menemui kapal perang terbesar...

PAS Menang Mudah Pada...

KUALA LUMPUR - Banyak pihak menjangkakan PAS berhadapan laluan mudah untuk mengekalkan kerusi...

Miley Cyrus Bogel Lagi,...

SEKALI lagi penyanyi dan pelakon popular, Miley Cyrus cetus kontroversi dengan penampilan terbaharunya...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR - Pasaran getah ditutup kebanyakannya tinggi hari ini seiring dengan pasaran...

Gadis 19 Tahun Impi Hidup Madu… Alhamdulillah!

TANYALAH pada mana-mana wanita, sebahagian besar pastinya tidak akan bersetuju untuk hidup berpoligami atau dengan kata lain rela hati mempunyai madu.

Namun, jangan terkejut kerana ada seorang gadis 19 tahun mempunyai pendirian berbeza apabila membuat pengakuan mengimpikan hidup demikian setelah mendirikan rumah tangga.

Pengakuan ‘payung emas’ itu sekali gus membuatkan pemilik IG yang menggunakan nama Rosshairaa menjadi sensasi dalam sekelip mata.

Menerusi status itu, Rosshairaa memberitahu, dia bercita-cita untuk mempunyai madu kerana mahukan suaminya hidup bahagia.

Katanya lagi, dia sudah berfikir panjang dan tidak akan menyesal dengan ‘impiannya’ itu.

“Saya umur 19. Saya bercita-cita, jika saya dah kahwin nanti nak ada MADU. Yes, madu! Mesti ramai yang pelik dan tak percaya apa yang saya cakapkan?

“Orang lain tak nak madu, tapi saya nak. Sebab apa? sebab saya nak bahagiakan suami (kalau dia nak satu lagi).

“Nak cakap jeles? Eh.. tipulah tak jeles. Tapi jeles biasa-biasa sahaja… Saya jenis tak pandai merajuk tau. Kalau merajuk pun cuma buat mulut muncung itik je 10 saat then senyum balik macam Miss World,” tulisnya.

Gadis 19 Tahun Impi Hidup Madu... Alhamdulillah!


Gadis 19 Tahun Impi Hidup Madu... Alhamdulillah!

Rata-rata netizen khususnya kaun Hawa dilihat mengkritik pengakuan Rosshairaa, dengan menyifatkan gadis itu belum mengenal erti kehidupan sebenar setelah berumah tangga.

Gadis 19 Tahun Impi Hidup Madu... Alhamdulillah!

Tidak kurang juga, yang memuji keikhlasan hati gadis ini sudi berkongsi suami.

Difahamkan, gadis ini sudah bertunang berdasarkan maklumat yang tertera pada profile akaun Instagramnya. Bertuahla insan yang menjadi gerangan ‘Encik Tunang’ gadis ini. Ye dak? – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori