GARA-GARA memberi makan kentang goreng kepada burung merpati, seorang gadis dari Swansea, United Kingdom, Lauren-Paige Smith didenda oleh majlis perbandaran, baru-baru ini.
Dia diarah membayar denda sebanyak Ă‚Â£25 (RM131) atas kesalahan membuang sampah seperti yang dinyatakan pekerja tersebut.
Lauren; 19, berkeras dengan pegawai tersebut dia langsung tidak membuat sampah sebaliknya, kentang goreng yang diberikan itu habis dimakan burung merpati yang berkeliaran di situ.
Enggan membayar denda tersebut, Lauren telah diberikan surat hadir ke mahkamah pada 15 November ini untuk pendengaran kesnya.
Lauren didakwa di bawah Seksyen 87, Akta Perlindungan Persekitaran.
“Saya sedang memberi makan beberapa ekor burung merpati ketika sedang menikmati makan tengahari di taman sebelum seorang pekerja majlis datang, menegur saya membuang sampah.
“Dia kemudiannya meminta maklumat peribadi saya sebab nak denda, tapi saya tanya dia balik, ‘biar betul nak denda, saya cuma bagi burung-burung tu makan dan mereka makan habis semuanya’.
“Namun, dia berkeras juga nak denda dan sekarang saya diheret pula ke mahkamah.
“Tak sangka tindakan saya berbuat baik (dengan beri binatang makanan) mendatangkan hasil buruk seperti didenda oleh pihak majlis perbandaran,” katanya dipetik Metro UK. – MYNEWSHUB.CC