Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Wira Insiden Pesawat Emirates...

SEORANG anggota bomba maut selepas menjadi wira menyelamatkan 300 penumpang dan anak kapal...

Najib Pertahan Diri Dana...

TEGAS... Datuk Seri Najib Razak mempertahankan pendiriannya sebelum ini bahawa dana RM2.6 bilion...

Filem Pendek Malaysia Sertai...

BUSAN - ‘Linguistic of Restaurant’, sebuah filem pendek berdurasi tujuh minit dari Malaysia...

Jumlah Komuniti Islam Syria...

KOBANI – Komuniti Islam Syria yang menukar agama kepada Kristian meningkat di Kobani...

Gambang Bakal Dapat Balai Bomba Baharu Tahun Depan

KUANTAN – Sebuah balai bomba baharu bakal dibina di Gambang dekat sini tahun depan dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan membabitkan operasi memadam kebakaran dan menyelamat di kawasan sekitar.

Anggota Parlimen Paya Besar Datuk Seri Abdul Manan Ismail berkata untuk itu, pihaknya kini sedang mencari tapak yang sesuai dan ia dijangka dapat dikenal pasti tidak lama lagi kerana kawasan sekitar Gambang memiliki banyak tanah kosong.

“Balai bomba baharu itu berada dalam kelas C iaitu boleh menempatkan 29 anggota bersama dua jentera, jadi keluasan diperlukan ialah dua hektar.

“Kelulusan pembinaan balai bomba di Gambang ini pada awalnya dicadangkan di (kawasan) Sungai Lembing tetapi di sana sukar mencari tanah, apa pun kita memang memerlukan balai bomba baharu kerana setakat ini hanya ada satu balai bomba di Taman Tas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perjumpaan pemimpin Parlimen Paya Besar bersama warga kerja Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) negeri di sini, malam tadi.

Abdul Manan berkata projek yang telah diluluskan kerajaan baru-baru ini turut mendapat kerjasama erat daripada Pejabat Daerah Kuantan dan wakil rakyat setempat untuk melaksanakannya.


Sementara itu, beliau berkata pihaknya juga sedang memohon kepada kerajaan supaya menyediakan satu laluan baharu yang boleh digunakan pasukan bomba di Taman Tas untuk mempercepatkan operasi kecemasan.

Katanya pada masa ini, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas terpaksa menggunakan Jalan Lubuk Yu yang agak sempit manakala jalan lain di sekitar taman itu sesak sekali gus sedikit sebanyak menyukarkan mereka untuk sampai ke lokasi kejadian dengan cepat.

Dalam perkembangan lain, Abdul Manan mengharapkan JPNIN terus komited melaksanakan peranan asal jabatan berkenaan untuk mendidik masyarakat majmuk ke arah perpaduan dengan menghormati antara satu sama lain termasuk pemimpin bagi mengekalkan keamanan negara sekali gus meneruskan kemajuan pada masa hadapan.

“Ia bukan tugas yang mudah tetapi kita yakin ia mampu dilakukan lebih-lebih lagi dengan usaha bersungguh-sungguh dan sokongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori