Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

“Lelaki Itu Punca Kehancuran...

BARU-BARU ini pelakon Amyza Adnan ada memuat naik satu posting di akaun Instagramnya...

Taiwan Buka Semula Pintu...

TAIPEI: Taiwan membuka semula pintu sempadannya kepada pelancong asing selepas menamatkan perintah kuarantin...

Kutipan Zakat Di Melaka...

MELAKA - Kutipan zakat di Melaka yang dilakukan Pusat Zakat Melaka (PZM) meningkat...

Hukuman Mati 33 Kesalahan...

KUALA LUMPUR - Jemaah Menteri memutuskan hukuman mati bagi 33 kesalahan di bawah...

Generasi Ke-4 Dilahirkan Dengan Tompokan Uban

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan, mempunyai keunikan tersendiri apabila dilahirkan dengan tompokan rambut putih seperti uban dan menjadi generasi keempat yang dilahirkan sedemikian rupa.

Sebelum ini ibu MliliAnna iaitu Brianna Worthy, 23, dan neneknya, Jennifer, 41, serta moyangnya, Jaonne, 59, juga dilahirkan dengan tompokan rambut putih.

Ia dikenali sebagai poliosis iaitu perubahan warna rambut menjadi putih.

Generasi Ke-4 Dilahirkan Dengan Tompokan Uban

Menurut Brianna, yang berasal dari Ridgeland, South Carolina, dia tidak pasti sejauh mana keluarganya mewarisi keadaan berkenaan memandangkan neneknya merupakan anak angkat sejak kecil dan tidak pernah bertemu dengan keluarga kandungnya.

“Saya amat berharap nenek dapat bertemu dengan keluarga kandungnya. Adik bongsu saya tidak mewarisi keadaan jadi sebelum ini saya tidak tahu sama ada MiliAnna akan melalui keadaan sama hinggalah ketika dia dilahirkan,Ă¢â‚¬â„¢Ă¢â‚¬â„¢ katanya.

Menurut Brianna, keadaan berkenaan menjadikan mereka sekeluarga sebagai tumpuan ramai.


“Kebiasaannya saya menghormati komen-komen berbaur sopan dan saya tidak kisah menjawab soalan mereka tetapi secara jujurnya, ia boleh jadi penat terutama ketika saya sedang sibuk atau cuba melakukan sesuatu,Ă¢â‚¬â„¢Ă¢â‚¬â„¢ katanya.

Brianna juga tidak menafikan dia dikutuk oleh kanak-kanak lain ketika kecil disebabkan rambutnya itu hingga ada kalanya mengganggu kehidupannya.

Namun Brianna berharap MiliAnna akan membesar dengan mengetahui bahawa keunikan itu sebenarnya menjadikan dia cantik dan istimewa serta menutup telinga terhadap kata-kata nista orang lain. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori