Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Edra Bina Loji Tenaga...

KUALA LUMPUR - Pelaburan terbesar di Kedah bakal menjadi kenyataan dengan loji tenaga...

Mahathir Selamat Kembali Dari...

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selamat tiba di Pangkalan...

Annuar Tidak Akan Berganjak...

KUANTAN - Tan Sri Annuar Musa tetap dengan pendiriannya meletak jawatan sebagai Presiden...

Hina Sultan: Naib Pengerusi...

SHAH ALAM - Naib Pengerusi PKR Johor, Hassan Karim yang dipanggil ke Ibu...

Guru Tadika, Pelajar Buta Bertemu Selepas 48 Tahun

GEORGE TOWN – Apabila rakan-rakan memberitahu Goh Lay Khim mengenai bekas pelajar tadikanya yang menghabiskan masa bertahun-tahun untuk menjejakinya, beliau memang terkejut.

Ini menyebabkan wanita itu segera menghantar e-mel kepada Ooi Hock Tiam yang kini merupakan pensyarah pengajian sejarah Eropah di sebuah universiti di sini.

Wanita berusia 68 tahun itu berkata, beliau terperanjat dan hampir menitiskan air mata apabila membaca artikel dalam The Star mengenai usaha Ooi.

Goh berkata pelajarnya itu hanya berusia enam tahun ketika beliau mengajar pelajar berkenaan yang buta sejak lahir.

“Bagi dia yang masih ingat saya begitu jelas, ia sangat indah.

“Saya amat berbesar hati,” katanya.

Goh berkata beliau amat gembira apabila mengetahui Ooi telah berjaya dan amat jelas bahawa anak didiknya itu mempunyai kesungguhan untuk berjaya dalam hidup.

Beliau telah berbual dengan Ooi melalui telefon dan merancang untuk bertemu tidak lama lagi.

“Saya akan pergi ke Pulau Pinang dengan anak-anak saya untuk bertemu dengannya Jumaat depan,” kata Goh yang tinggal di Kuala Lumpur.

Ooi, 54, berkata beliau menelefon Goh selepas membaca e-mel gurunya itu.


“Beliau hampir menangis melalui telefon, beliau begitu terharu.”

“Saya sangat gembira kerana saya telah mencuba pelbagai cara untuk mencari beliau, termasuk platform media sosial.

“Saya juga pergi ke St. Nicholas Home bagi orang cacat penglihatan, tetapi tidak berjaya.”

Akhirnya pensyarah universiti itu membuat rayuan melalui The Star.

Menurut Ooi, beliau mahu mencari gurunya itu kerana “beliau adalah guru pertama dalam hidup saya”.

“Bimbingan seperti seorang ibu yang diberikan membantu saya mencapai apa yang saya ada hari ini. Dia sabar dan manis.” – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori