Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Remaja Mencuri Di Victoria’s...

TIONA Rodroguez, 18, pada mulanya ditangkap kerana 'kantoi' mencuri di butik Victoria's Secret...

Pemandu Lori Didakwa Bunuh...

TANJUNG MALIM - Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Majistret sini hari ini...

Amerika Syarikat Ganti Pesawat...

WASHINGTON – Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) kelmarin memberitahu bahawa pihaknya akan menggunakan...

“Ini Yang Mati Tu...

MASIH belum 'sembuh' luka di hati para peminat daripada tragedi kematian penyanyi kumpulan K-Pop SHINee, Kim Jong-hyun akibat...

Habibullah Kekal Terajui Kejohanan Supermoto FIM Asia

KUALA LUMPUR – Penunggang supermoto Malaysia Muhd Habibullah Mohd Salleh terus melakar kejayaan untuk kekal di tempat teratas dalam acara Terbuka Antarabangsa dan Kelas Asia selepas berakhir Pusingan 3 Kejohanan Supermoto Asia FIM 2016 di Bayanihan Park, Angeles, Filipina pada Isnin.

Penunggang KTM Malaysian Team itu meraih 22 mata setelah menduduki tempat kedua dalam Perlumbaan 1 dan Perlumbaan 2 untuk terus menjadi pendahulu kejohanan itu dengan mengumpul 121 mata.

Mengekori dengan 14 mata di belakangnya dalam kategori Terbuka Antarabangsa ialah penunggang Australia Andy McLiesh, manakala abang Habibullah, Mohd Al-Amirul Ashshahid, menduduki tempat ketiga dengan 97 mata selepas berakhir perlumbaan pada Ahad.

“Saya sungguh gembira dengan keputusan ini setelah menduduki tempat kedua dalam kedua-dua perlumbaan. Oleh kerana sukar mendapatkan kombinasi tayar paling sesuai untuk menghadapi bahagian berumput dan licin, saya pilih jenis tayar untuk hujan bagi bahagian hadapan.

“Apa yang mampu saya lakukan ialah mengekalkan kedudukan saya dan tidak terjatuh kerana sasaran saya bukanlah Kelas Asia sahaja, tetapi Kelas Antarabangsa Terbuka juga,” katanya dalam kenyataan daripada promoter perlumbaan, E-Plus Entertainment Productions (M) Sdn Bhd hari ini.


Sementara itu, dalam Kelas Asia, Habibullah juga menduduki tempat teratas keseluruhan dengan 147 mata, manakala Mohd Al-Amirul di tempat kedua dengan 125 mata dan Mohd Khairi Zakaria di tempat ketiga dengan 116 mata.

Pusingan akhir Kejohanan Supermoto Asia FIM 2016 akan diadakan di Kuala Lumpur pada 17 dan 18 Disember. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori