Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Saya Amat Kagum Dengan...

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata...

2 Mayat Terdampar Di...

KUALA NERUS - Dua mayat lelaki hampir reput dijumpai terdampar di pesisir pantai...

Tambat RM Hanya Datangkan...

DOLAR AS mengukuh ke paras tertinggi dalam tempoh 14 tahun pada tahun 2016. Mata wang...

Kekang Kerapuhan Perpaduan Sesama...

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat khas sempena Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 hari...

Hafiz Syahrin Sertai Kejohanan Superbike Malaysia Pirelli

KUALA LUMPUR – Bintang Moto2 Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah menerima tawaran Project X Racing Team untuk menyertai perlumbaan pengakhir musim, Kejohanan Superbike Malaysia Pirelli di Litar Antarabangsa Sepang dari 2 hingga 4 Dis ini.

Pelumba berusia 22 tahun itu yang menamatkan kejohanan dunia Moto2 600cc di tangga kesembilan tahun ini bersama pasukan Team Petronas Raceline Malaysia, akan beraksi dalam Kelas Terbuka Superbike 1,000 cc dengan menunggang Yamaha R1.

“Saya berterima kasih dengan Project X Racing Team kerana memberikan saya peluang ini. Saya akan memastikan diri saya cergas dan dalam keadaan kompetitif pada tahap tinggi dalam tempoh ini, dengan musim MotoGP sudah berakhir dan ujian hanya dibenarkan bermula Mac tahun depan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hafizh berkata beliau akan menggunakan peluang ini untuk meningkatkan lagi keserasiannya dengan litar Sepang.


“Kami berlumba di Sepang setiap tahun, walaupun ia adalah berbeza pada tahun ini kerana keseluruhan litar telah diturap semula, kata Hafizh yang menduduki tempat kelima semasa perlumbaan Moto2 di Sepang tahun ini.

Bagaimanapun, Hafizh berkata beliau bukannya pelumba tumpuan untuk perlumbaan hujung minggu ini kerana persaingan dalam siri superbike adalah sengit, terutama dengan penyertaan pelumba berkelas dunia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori