Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Tengku Abdullah Sedia Jumpa...

KUANTAN - Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah...

Pengacara Ras Adiba Dimasukkan...

SHAH ALAM – Pengacara televisyen popular, Ras Adiba Radzi dilaporkan terlantar di hospital...

241 Syor Dikemukakan Dalam...

KUALA LUMPUR- Sebanyak 241 syor dikemukakan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014...

Hadiri Pengebumian Ayah Selepas...

SEREMBAN - Walaupun baru kematian bapanya petang semalam, seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia...

Pakatan Harapan Membuta Tuli Kritik Kerajaan

KUALA LUMPUR – PAS menyifatkan Pakatan Harapan yang diketuai DAP sebuah gabungan parti pembangkang tegar yang mengkritik kerajaan secara membuta tuli kerana kepentingan politik.

Pusat Penyelidikan PAS (PPP) dalam satu kenyataan berkata, Pakatan Harapan yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) cuma mementingkan populariti pada mata masyarakat.

“Parti-parti pembangkang menunggu sekian lama untuk diberi peluang menerajui negara sehingga mereka langsung tidak mempunyai pengalaman berada sebagai kerajaan kecuali PAS.

“Mereka menjadi pembangkang tegar yang sering mengkritik secara membuta tuli demi kepentingan politik di samping bersifat populis. Hal yang sedemikian yang menyebabkan pertembungan ‘zero-sum game’,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, pertembungan `zero-sum game’ itu kemudian mengheret rakyat untuk berpihak hingga wujudnya kumpulan Baju Kuning (BERSIH) dan Baju Merah.


Kata kenyataan itu, kumpulan Baju Kuning majoritinya adalah masyarakat bukan Melayu, manakala kumpulan Baju Merah hampir keseluruhannya masyarakat bumiputera Melayu.

“Hampir-hampir sahaja pertembungan seperti ini boleh dikaitkan dengan ketegangan antara kaum sekiranya tidak dibendung,” kata kenyataan itu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori