Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Rombakan PDRM Dibuat Secara...

DENGKIL - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melaksanakan rombakan besar-besaran secara dalaman namun...

Mesyuarat Pertama J/kuasa Bebas...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Bebas Mengkaji Pengurusan Peperiksaan Awam Kementerian Pendidikan yang baru...

PM Ucap Selamat Menyambut...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan selamat menyambut...

Cabaran Badminton Malaysia Di...

KUALA LUMPUR - Cabaran Malaysia pada Kejohanan Badminton Grand Prix Emas China Masters,...

‘Kelibat’ Harimau Takutkan Penduduk Sungai Karang

KUANTAN – Penduduk di kawasan Sungai Karang di sini bimbang dan berada dalam ketakutan berikutan ancaman harimau yang membaham binatang ternakan mereka sejak minggu lepas.

Sebanyak lapan ekor lembu milik penternak mati dibaham harimau setelah menemui beberapa kesan gigitan di leher dan kesan luka pada bahagian bangkai haiwan berkenaan.

Beberapa ekor ayam milik penduduk juga turut gagal dikesan dipercayai dibaham haiwan yang sama setelah menemui beberapa kesan tapak kaki haiwan pemangsa berkenaan yang jelas di lokasi kejadian.

'Kelibat' Harimau Takutkan Penduduk Sungai Karang

'Kelibat' Harimau Takutkan Penduduk Sungai Karang

Beberapa gambar memaparkan bangkai haiwan ternakan yang mati tu turut mendapat perkongsian yang meluas di media sosial dan di kalangan pengguna aplikasi WhatsApp.


Difahamkan, serangan binatang buas berkenaan berkemungkinan berpunca setelah penduduk berjaya menjerat seekor anak harimau jenis bintang, menyebabkan ibu harimau berang lalu keluar dari habitat untuk mencari anaknya.

Justeru, penduduk di Sungai Karang sehingga di kawasan Cengal Lempong diminta untuk sentiasa berwaspada dan kanak-kanak dinasihatkan untuk tidak berkeliaran terlalu jauh dari rumah bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini daripada berlaku. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori