Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Didera Sampai Patah 13...

SUSULAN kes dera seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Rantau Panjang, Kelantan baru-baru...

Polis Dijumpai Mati Dengan...

KOTA KINABALU - Seorang anggota polis lelaki berpangkat koperal dijumpai mati di sebuah...

Buffon Penjaga Gol Terbaik...

JIKA Juventus mahu mendapatkan motivasi untuk memenangi Liga Juara-Juara musim ini mungkin Gianluigi...

KRT Berperanan Jaga Keharmonian...

SEREMBAN - Kewujudan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) amat penting bagi menjaga keselamatan penduduk...

Hilang Telinga Dalam Nahas, Dapat Yang Baru Di Lengan

SEORANG lelaki di China yang pernah kehilangan sebelah telinga ketika kemalangan tahun lalu bakal mendapat ‘telinga baru’ hasil ditanam oleh doktor pada salah satu lengannya.

Menurut sebuah laman berita tempatan, lelaki yang hanya dikenali sebagai Ji dan berusia lewat 30-an menerima rawatan daripada seorang doktor pakar bedah pembentukan semula iaitu Guo Shuzhong, di Hospital Universiti Jiaotong Xi’an di Xi’an, wilayah Shaanxi.

Hilang Telinga Dalam Nahas, Dapat Yang Baru Di Lengan

Guo, yang mempunyai 33 tahun pengalaman dalam bidang berkenaan bersama-sama rakannya, Shu Maoguo menggunakan kaedah pembentukan semula anggota itu dengan mengambil tulang rawan di salah satu rusuk Ji untuk membuat telinga baru.

Terdapat tiga fasa yang terpaksa ditempuhi oleh Ji sebelum telinga baharunya itu boleh di pasang di kepalanya.

Pada fasa pertama doktor menanam penambah kulit di lengan pesakit kemudian disuntik dengan air untuk mengembangkan kulit berkenaan.

Manakala pada fasa kedua pula bahagian rawan tulang rusuk akan ditanam di bawah kulitnya untuk pertumbuhan telinga baharu.


Hilang Telinga Dalam Nahas, Dapat Yang Baru Di Lengan

“Fasa ketiga pula merupakan pemindahan telinga baru ke kepala pesakit yang mana mengambil masa dalam tiga atau empat bulan lagi,” kata Shu.

Tambahnya lagi, mereka perlu menunggu telinga baru itu matang atau berkembang sepenuhnya supaya sesuai dengan pesakit.

Ji yang teruja melihat telinga barunya yang tumbuh di lengannya tersenyum sambil berkata, “Ia kelihatan sama seperti telinga lama saya.” – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori