Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Teruskan Bantuan Untuk Tangani...

JOHOR BAHRU - Rata-rata penduduk di Johor Bahru berpendapat pelbagai bantuan kerajaan dalam...

PM Israel Naftali Bennett...

BAITULMUQADDIS: Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett dilaporkan positif Covid-19.Perkara itu dimaklumkan oleh pejabat...

Pembinaan PPR Langkah K’jaan...

KUNAK - Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Pangkalan yang dibina Kerajaan Barisan Nasional...

Penolong Pegawai Veterinar Didakwa...

JOHOR BAHRU - Seorang Penolong Pegawai Veterinar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen...

Husam Sudah Tak ‘Original’ – Exco Kerajaan PAS Kelantan

KUALA LUMPUR – “Datuk Husam Musa hari ini bukan lagi YB Dato Husam Musa yang ‘original’ yang saya pernah kenali begitu lama”

Itu pandangan jujur Exco Kerajaan PAS Kelantan, Datuk Annuar Tan Abdullah mengenai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa sejak menyertai Parti Amanah Negara (PAN)

Kata beliau, Husam sewaktu berada dalam PAS berhujah dengan fakta yang bernas, fokus dan tidak pernah cuba ‘implicate’ melibatkan orang lain yang tidak berkenaan di dalam semua isu.

Justeru, katanya, beliau terpaksa membuat penjelasan terhadap cubaan Husam menyeret bekas Menteri Besar PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menimbulkan persepsi negatif ke atas kerajaan Kelantan.

“Politik itu adalah persepsi, maka apa jua persepsi negatif yang ditimbulkan perlu dijawab dengan fakta benar bagi membolehkan rakyat jelata menilai kembali terhadap perkara tersebut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Annuar berkata, dalam isu kelulusan Getah Klon Balak (TLC), Husam menegaskan tarikh lesen-lesen terhadap enam buah syarikat yang disenaraikan oleh beliau berkuat kuasa pada tahun 2016.

Katanya, Husam mempersoalkan adakah Nik Abdul Aziz yang telah meninggal dunia lebih setahun lalu masih ke pejabat menandatangani kelulusan itu sampai hari ini.

Beliau menjelaskan, Nik Abdul Aziz sewaktu menjadi Menteri Besar hanya mempengerusikan mesyuarat serta membuat keputusan terakhir ke atas kelulusan satu-satu permohonan TLC.


Menurutnya, semua lesen-lesen untuk melaksanakan program-program TLC yang telah diberi kelulusan dasar itu akan ditandatangani oleh Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri.

“Suka saya mengingatkan Husam, tarikh lesen berkuatkuasa yang disebutkan bukanlah tarikh permohonan syarikat itu diluluskan untuk kelulusan dasarnya. Sebaliknya ia merupakan satu tarikh diberikan untuk syarikat memulakan gerak kerja mereka.

“Ini bermakna begitu banyak syarat dan prosedur yang wajib dilaksanakan dari tarikh kelulusan dasar dibuat oleh Jawatankuasa Kecil Perhutanan sehingga diberikan lesen kuatkuasa gerak kerja yang memerlukan jangka masa bertahun-tahun lamanya.

“Maka saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa di zaman pentadbiran Menteri Besar sekarang ini (2014-2016) tiada satu pun kelulusan dasar TLC yang diluluskan.

“Bermakna, kesemuanya program TLC diluluskan di zaman Almarhum Tok Guru (Nik Abdul Aziz) dan disusulkan dengan lesen berkuatkuasa untuk perlaksanaan pada tahun-tahun kemudiannya,” katanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori