Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Warga Asing Di Pasar...

PETALING JAYA - Kawasan sekitar Pasar Jalan Othman di sini, yang diletakkan di...

‘Baju Merah’ Tolak Agenda...

KUALA LUMPUR - Himpunan 'Baju Merah' pada Rabu menolak sekeras-kerasnya penganjuran perhimpunan haram...

Pertanding Menang Trak Kecoh...

RUSIA – Seorang peserta pertandingan merebut sebuah trak hilang sabar lalu menumbuk muka...

Varian Baharu COVID-19 Dikenal...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan mengesan kewujudan varian baharu di negara ini iaitu South...

Iklan TV Amazon Kisah Persahabatan Imam, Paderi

LONDON – Ketika beberapa insiden anti-Muslim meningkat di Britain dan Amerika Syarikat (AS), portal jualan atas talian antarabangsa, Amazon ada cara unik memupuk keharmonian antara agama.

Terbaharu, syarikat perniagaan secara online itu bakal menyiarkan iklan menerusi televisyen yang memberi ‘sinar harapan’ memaparkan kisah persahabatan seorang imam dan paderi yang sudah lama sehingga menyentuh hati.

Ia bakal disiarkan menjelang musim beli-belah Black Friday dan Hari Krismas tidak lama lagi di AS, Britain dan Jerman dengan menyampaikan mesej persahabatan serta toleransi antara agama, lapor akhbar The Independent.

Ia mengisahkan mengenai seorang paderi dan imam yang sudah lama bersahabat namun telah berumur lanjut, dan secara kebetulan mereka pula mempunyai masalah lutut serta tidak begitu bertenaga seperti semasa zaman muda.

Justeru, paderi itu memutuskan untuk memberikan sesuatu agar kehidupan rakannya itu lebih selesa tetapi tanpa diketahuinya, imam tersebut juga memikirkan untuk memberikan hadiah yang sama kepada paderi berkenaan.

Pihak Amazon menyatakan iklan baharunya itu memaparkan mesej tidak mementingkan diri sendiri serta berfikir tentang orang lain, malah mereka bekerjasama dengan wakil kedua-dua agama Islam dan Kristian di serata dunia.

amazon1

Ini untuk memastikan penghasilan iklan komersial itu sesuai dengan watak imam dan paderi berkenaan, bahkan dipaparkan dengan tepat serta sensitif yang berdasarkan kepada konsep jalan cerita ditetapkan Amazon sendiri.


Jurucakap portal tersebut memberitahu The Independent, di Britain, pihak Forum Kristian dan Muslim selain pentadbir Gereja England dan Majlis Muslim Britain menjadi penasihat serta menyemak kandungan iklan itu.

“Pemilihan barisan pelakon mencerminkan lelaki yang memainkan watak paderi ialah seorang paderi di London, manakala yang memainkan watak imam ialah seorang Muslim yang warak dan pengetua sebuah sekolah Islam.

“Kami menggunakan gereja dan masjid yang sebenar bagi adegan babak dalam rumah ibadah,” katanya. Iklan tersebut bakal dikeluarkan sebagai inisiatif perdamaian ekoran banyak kes anti-Muslim di Britain dan AS.

Ia meningkat di Britain setelah rakyat negara itu mengundi untuk ‘keluar’ daripada Kesatuan Eropah dan kian menjadi-jadi di AS setelah Donald Trump, dipilih sebagai presiden yang baharu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori