Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Kereta Kabel Langkawi Terus...

LANGKAWI - Peristiwa beratus-ratus pelancong terkandas apabila sistem kereta kabel Langkawi SkyCab mengalami...

VIDEO: Pope Francis Terima...

POPE Francis telah menerima pizza daripada seorang individu ketika membuat lawatan di Naples, Itali...

Proses Pemulihan NAFAS 95...

PUTRAJAYA – Proses pemulihan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) yang sebelum ini menghadapi masalah...

DAP `Petik’ Nama Mahathir...

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak sepatutnya menuduh...

India Haram Wang 500 Dan 1,000 Rupee Elak Korupsi

NEW DELHI – Pemerintah India pada Rabu bertindak menarik balik edaran wang kertas negara tersebut dengan denominasi mata wang tertinggi, iaitu 500 dan 1,000 rupee, lapor media tempatan.

Perdana Menteri India, Narendra Modi ketika memaklumkan perkara itu memberitahu, kedua-dua denominasi wang tersebut ditarik secara rasmi daripada tender perundangan di seluruh dunia mulai 9 November 2016.

Bagaimanapun, rakyat yang memiliki dua jenis wang kertas berkenaan masih lagi dapat mendepositkan di kaunter perbankan tempatan atau ditukarkan dengan denominasi rendah yang lain sehingga akhir Disember 2016 ini.

Sejurus pengumuman secara mendadak itu, masyarakat India dilaporkan sanggup bergegas dan beratur panjang lewat malam di semua mesin tunai automatik untuk memasukkan wang 500 dan 1,000 rupee yang dimiliki mereka.

Wang 500 rupee mula diperkenalkan pada 1987 disusuli 1,000 rupee pula pada 2000. India pernah ada wang 5,000 dan 10,000 rupee sejak 1949 sebelum kedua-duanya itu dimansuhkan secara serentak pada 1978 lalu.

India Haram Wang 500 Dan 1,000 Rupee Elak Korupsi

Langkah mengejutkan yang dilakukan Modi itu merupakan salah satu usaha untuk memenuhi janji ketika kempen pilihan raya bagi mencegah pengelakan cukai dan penggubahan haram ‘wang gelap’ ditempatkan di luar negara.

Tindakan serupa sebenarnya pernah dilakukan European Central Bank beberapa tahun lalu menarik edaran wang kertas denominasi 500 euro sebagai cara untuk mencegah kegiatan penyimpanan daripada hasil aktiviti jenayah.

Agensi berita kewangan antarabangsa Bloomberg melaporkan, pihak bank pusat India menyatakan ini adalah pertama kalinya sejak 1978 apabila pemerintah bertindak drastik menarik peredaran wang daripada pasaran.


Kepanikan masyarakat dapat disaksikan di sekitar ibu kota New Delhi dan pusat komersial utama India, Mumbai manakala penganalisis ekonomi menyatakan, sistem perbankan akan mengalami ‘lonjakan kecairan’ aset tunai.

India Haram Wang 500 Dan 1,000 Rupee Elak Korupsi

Bagaimanapun kebanyakan pemerhati kewangan tempatan masih lagi bersikap berwaspada kemungkinan adanya kesan besar pada pertumbuhan dan inflasi domestik, meskipun ia dijangka tidak berlangsung dengan begitu lama.

“Ini adalah risiko jangka pendek terhadap ekonomi, yang akan terus diawasi,” ujar penganalisis Citigroup Inc. dalam laporan mereka. Pengurup wang di seluruh dunia malahan tidak lagi menerima dua denominasi wang tersebut.

Ketika ini dianggarkan terdapat sebanyak 16.5 bilion wang kertas pecahan 500 rupee manakala kira-kira 6.7 bilion lagi wang kertas pecahan 1,000 rupee yang beredar secara luas di serata pasaran India dan juga luar negara.

Ia didedahkan oleh timbalan gabenor Reserve Bank Of India, R. Gandhi dan susulan itu, bank pusat berkenaan menerbitkan wang kertas denominasi 2,000 rupee dan 500 rupee versi baharu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori