Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Johor Sasar 100% Peningkatan...

JOHOR BAHRU - Kerajaan Negeri menyasarkan peningkatan 100 peratus jumlah kedatangan pelancong bagi...

Audio Tuduhan Berkaitan Rosmah...

MAKLUMAT berbentuk audio yang tersebar dalam media sosial mengenai perbelanjaan kerajaan melibatkan isteri...

LHDN Sedia Bantu Pusat...

PUCHONG - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bersedia menawarkan perkhidmatan nasihat kepada Pusat...

Lelaki Harapan Dunia Menang...

FILEM Lelaki Harapan Dunia yang diarahkan Siew Seng Tat diumumkan sebagai Filem Terbaik...

Industri Pos & Kurier Perlu Bersedia Hadapi Dekad Mencabar

SHAH ALAM – Perubahan besar atau revolusi yang berlaku dalam industri pos dan kurier memerlukan persediaan dari semua pemain industri berkenaan bagi menghadapi dekad yang amat mencabar.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata dengan meningkatnya penembusan jalur lebar isi rumah, gaya hidup rakyat dan model operasi perniagaan semakin tertumpu kepada e-dagang memerlukan sistem e-fulfilment yang cekap dan inklusif.

Katanya industri itu kini memerlukan suatu eko-sistem yang lebih kompleks bagi menampung keperluan pelanggan yang pelbagai.

Beliau berkata kerajaan telah menyediakan pelbagai inisiatif yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi peserta industri termasuk dalam Rancangan Malaysia ke-11, Pelan Hala Tuju Strategik e-Dagang dan Pembangunan Zon Perdagangan Bebas Digital.

“Saya berharap dalam kita mengejar kemajuan tersebut, pemain-pemain industri pos dan kurier dapat terus menggunakan dan memperkasakan pekerja tempatan,” katanya ketika menutup Kejohanan Karnival Sampai dengan Selamat 2016 di Bulatan Bazarena, Stadium Malawati di sini hari ini.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, Jailani berkata anggota syarikat pos dan kurier melebihi 40,000 orang merupakan barisan hadapan industri yang berada di setiap pelusuk jalan raya seluruh negara untuk membuat kutipan dan serahan barang pos pelanggan setiap hari.

“Pemandu dan penunggang motosikal dalam industri pos dan kurier adalah orang kita di lapangan di hadapan.


“Mereka in seperti ‘hero yang tidak didendang’ yang dalam setiap masa tak kira hujan, panas dan banjir dan sebagainya melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh komitmen,” katanya.

Mengenai program hari ini, Jailani berkata karnival itu yang dianjurkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertujuan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di samping menjadikan kerjaya pemandu dalam industri pos dan kurier sebagai kerjaya profesional yang mempunyai tahap kompetensi tinggi.

Katanya jumlah penyertaan syarikat kurier dalam kejohanan kali ketiga ini meningkat 50 peratus daripada 10 penyertaan tahun lepas kepada 15 kali ini.

Dalam kejohanan kali ini, Pos Malaysia Berhad muncul juara bagi kategori pemandu van dan penunggang motosikal dengan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, trofi, pingat dan televisyen LED berukuran 32 inci. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori