Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Jepun Sekat Prestasi Baik...

KUALA LUMPUR – Skuad hoki wanita negara gagal meneruskan prestasi baik pada Piala...

1MDB: Malaysia Terima AS$620...

KUALA LUMPUR - Malaysia setakat ini telah menerima sejumlah AS$620 juta (AS$1 =...

Banjir: ATM Kerah 40...

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengerahkan 40 pegawai, 531 anggota pelbagai...

Gambar: ‘Penyakit’ Tak Boleh...

TIDAK dinafikan masyarakat masa kini memang tidak dapat dipisahkan dengan telefon pintar masing-masing.Kalau...

ISPS HANDA: Chia, Fung Berazam Catat Prestasi Cemerlang

KUALA LUMPUR – Pemain veteran, Danny Chia, berazam mendapatkan kembali rentak cemerlang permainannya pada Piala Dunia ISPS HANDA yang menawarkan hadiah US$8 juta (RM35.3 juta) apabila kejohanan golf berpasukan itu bermula Khamis ini.

Chia akan berpasangan dengan Nicholas Fung dalam kejohanan berprestij yang disertai 28 negara itu yang akan berlangsung di Kingston Heath Golf Club di Melbourne, Australia.

Ini merupakan penampilan ketiganya dalam tempoh 15 tahun sejak Malaysia layak menyertai kejohanan itu pada 2001.

“Saya tak pernah menyangka dapat bermain lagi dalam Kejohanan Golf Piala Dunia setelah tidak berbuat demikian begitu lama,” kata Chia yang dipetik berkata demikian oleh Asian Tour dalam laman web rasminya hari ini.

“Pada satu peringkat tahun ini, saya cuba sedaya upaya untuk mengejar Vijay Singh (dari Fiji) dalam ranking dunia kerana kedudukan saya begitu rapat dengannya dan beliau merupakan pemain paling akhir yang melayakkan diri.

“Saya tercicir pada pusingan kelayakan dan tidak lagi memikirkan tentangnya selepas itu. Oleh itu, ia merupakan berita baik apabila Vijay mengambil keputusan untuk menarik diri dan saya dipanggil menyertainya,” kata Chia.

Sementara itu, Fung yang pertama kali beraksi pada kejohanan Piala Dunia, begitu teruja kerana berpeluang berpasangan dengan mentor dan rakan baiknya itu di Kingston Heath, antara padang golf terkenal dan sungguh mencabar di dunia.


Mereka mempamerkan gandingan cemerlang dalam kejohanan Piala EurAsia pada Januari tahun ini dan memperoleh dua mata setengah bagi Team Asia.

“Sungguh gembira apabila dapat bermain di sini sempena penyertaan sulung saya dalam kejohanan Piala Dunia. Sudah 15 tahun berlalu sejak kali terakhir Malaysia mengambil bahagian, dan berganding dengan Danny adalah sesuatu yang sungguh istimewa.

“Kami memahami permainan satu sama lain kerana sering berlatih bersama dalam Jelajah Asia,” katanya.

Pemain berusia 26 tahun itu berkata peluang mewakili negara pada hujung minggu ini adalah sesuatu yang amat membanggakannya dan berjanji akan berusaha sedaya mungkin untuk meraih keputusan membanggakan pada kejohanan itu.

Dua minggu lepas, Fung tidak bernasib baik apabila tewas dalam ‘play-off’ di Resorts World Manila Masters, tetapi keputusan itu melonjakkan kedudukannya ke tangga ke-14 dalam Asian Tour Order of Merit semasa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori