Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Sample Notification for a...

Do my article for cheapI don't progress you to use stylish providers. We...

513,044 Individu Sudah Terima...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 513,044 individu sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi...

Kes Saman SR Didengar...

MARANG - PAS melahirkan keyakinan untuk memenangi kes saman fitnahnya ke atas Sarawak...

Tiga Suspek Kes I-serve...

PETALING JAYA: Dua kakitangan syarikat pelaburan i-Serve dibebaskan dengan jaminan polis semalam manakala...

Israel Akhirnya Berjaya Padamkan Kebakaran

TEL AVIV – Pasukan bomba berjaya memadamkan kebakaran yang melanda Israel dan Tebing Barat selama lima hari dan memaksa puluhan ribu penduduk menyelamatkan diri, kata pihak berkuasa yang menyalahkan tragedi itu ke atas perbuatan membakar.

Tiada kematian setakat ini tetapi 112 orang dirawat kerana mengalami kecederaan, kebanyakannya disebabkan terhidu asap, kata pegawai perubatan.

Kira-kira 700 rumah rosak atau musnah apabila kebakaran yang disemarakkan dengan angin kencang dan kemarau membakar ribuan hektar kawasan.

Sejak beberapa hari lalu, pesawat bomba dari pelbagai negara dilihat terbang rendah di kawasan bukit di Tebing Barat dan Israel untuk menggugurkan air dan bahan mengawal kebakaran.

Pada satu ketika minggu lalu, kebakaran berlaku di kawasan berhampiran Baitulmaqdis, dan penduduk cuma mampu kembali melihat rumah mereka yang rentung.

“Tiada lokasi aktif yang tinggal. Sejak malam kelmarin, keadaan agak tenang. Kami tiada aktiviti baru,” kata jurucakap bomba, Yoram Levy. Menurut Levy, bomba menangani kira-kira 2,000 kebakaran di Israel dan Tebing Barat, termasuk 20 kebakaran besar.

Pihak berkuasa Israel mengesyaki sebahagian tragedi itu disengajakan dan berkaitan dengan konflik Israel-Palestin.


Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman, berkata 17 daripada 110 kebakaran di Tebing Barat setakat ini dipastikan akibat perbuatan khianat, tanpa memberikan butiran lanjut.

Bercakap di kawasan penempatan Israel di Halamish di Tebing Barat, lokasi puluhan rumah rosak pada hujung minggu, beliau berkata Israel perlu bertindak balas kepada perbuatan khianat itu dengan membina lebih banyak penempatan.

Polis menangkap 23 orang yang disyaki memulakan kebakaran dan menyoal siasat tujuh lagi. Bagaimanapun, pihak Palestin turut menyertai usaha antarabangsa memadamkan kebakaran yang merebak pantas dan turut berhadapan kerosakan tanaman dan rumah. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori