Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Farshah Tidak Diberi Makan...

IPOH - Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang kini ditahan untuk siasatan berhubung...

Lelaki OKU Didakwa Bunuh...

BENTONG: Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini...

UMNO Perlu Jawab Tohmahan...

KUALA LUMPUR - UMNO perlu menjawab tohmahan yang dilemparkan Tun Dr Mahathir Mohamad...

ADUN Sidam, Lunas Keluar...

SUNGAI PETANI - Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR di Kedah mengumumkan...

Jabatan Kesihatan Periksa Laporan Kes HFMD Di Tg. Malim

IPOH – Jabatan Kesihatan Perak akan menghantar beberapa kakitangannya untuk memeriksa laporan mengenai penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) yang berlaku pada kanak-kanak di dua buah tadika dekat Tanjung Malim.

Pengarahnya, Datuk Dr. Juita Ghazalie berkata setakat ini pihaknya belum menerima notifikasi mengenai penyakit tersebut yang berlaku di dua buah tadika berkenaan.

“Sekiranya ada satu kes sahaja, kita tidak anggap itu wabak. Walau bagaimanapun, kita akan menjalankan pemeriksaan untuk mengenal pasti kesahihan laporan itu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Difahamkan, terdapat 17 kanak-kanak di dua buah tadika swasta di Taman Bernam menghidap penyakit itu dengan seorang pesakit dimasukkan ke wad di sebuah hospital swasta di sini manakala selebihnya dirujuk ke Hospital Slim River.


Majoriti kes HFMD disebabkan virus jenis Coxsackie Virus A16 dan Entrovirus 71 yang boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan betul.

Penyakit itu merebak secara kontak dengan air liur, cecair lepuh dan najis mereka yang berpenyakit dalam kalangan kanak-kanak terutama di premis tempat tumpuan kanak-kanak seperti di taska atau tadika. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori