BEIJING – Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelantikan jutawan internet China, Jack Ma sebagai penasihat ekonomi digital kerajaan.
Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perkara itu semasa melancarkan Pavilion Pelancongan Alitrip Malaysia, satu platform e-Dagang untuk pelancongan di sini Jumaat.
Sebelum itu, Ma yang juga pengasas dan pengerusi eksekutif Kumpulan Alibaba mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri dan meluangkan masa kira-kira setengah jam sebelum kedua-duanya beredar ke majlis pelancaran. – BERNAMA