Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Dicerai Kerana Berahsia Miliki...

RIYADH - Seorang lelaki tempatan menceraikan isterinya di Arab Saudi selepas mendapati wanita...

Lebih 10 Juta Individu...

KUALA LUMPUR - Seramai 10,182,880 individu sudah mendaftar untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan...

Najib Banyak Membantu Selamatkan...

PEKAN - Datuk Seri Najib Tun Razak banyak membantu menyelamatkan perusahaan Proton walaupun...

4 Individu Dikenal Pasti...

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM)...

Jakim Akan Latih Ramai Guru Agama Kuasai Bahasa Isyarat

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan melatih lebih ramai pendakwah dan guru agama menguasai bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan Muslim kurang pendengaran di negara ini.

Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan Jakim, Paimuzi Yahya berkata langkah itu bagi mengatasi kekurangan guru agama dan pendakwah untuk menterjemah pengajaran Islam dalam bahasa isyarat.

Menurutnya, terdapat 45,000 orang kurang pendengaran di Malaysia pada masa ini dan kebajikan mereka diberikan perhatian kerajaan melalui beberapa agensi.

“Majoriti daripada mereka adalah Muslim. Sebelum ini pun sudah ada program-program yang dibuat Jakim dan Jabatan Agama Islam Negeri. Jadi kami ada kemudahan dan bersedia untuk membantu mereka.

“Kami akan berbincang dengan Persatuan Orang Pekak Malaysia bagaimana kita dapat melatih para pendakwah dan guru agama untuk menguasai bahasa isyarat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Orang-Orang Pekak Muslim Ke-2 di sini hari ini.

Persidangan dua hari yang bermula hari ini itu merupakan acara tahunan Global Deaf Muslim yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan dianjurkan pada tahun ini oleh Persatuan Orang Pekak Malaysia dengan kerjasama Persatuan Orang Pekak Muslim Malaysia.


Bertemakan ‘Islam for the Deaf: Our Community, Our Future’, persidangan yang disertai 269 Muslim kurang pendengaran dari 27 negara itu antara lain bertujuan membincangkan isu-isu untuk mengukuhkan pemahaman dan penghayatan ajaran Islam dalam kalangan golongan Muslim kurang pendengaran.

Terdahulu, Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha dalam ucapannya berkata Jakim sentiasa terbuka untuk berbincang dan bekerjasama dengan Persatuan Orang Pekak Malaysia bagi mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi golongan kurang pendengaran.

“Kita juga berharap agar persidangan kali ini dapat menjalin kerjasama di antara Muslim pekak di peringkat antarabangsa dan dapat memberi impak positif untuk kita terus membantu golongan ini dalam segenap aspek,” tambahnya.

Teks ucapan Othman dibacakan Paimuzi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori