Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

12 Ahli Parlimen Dilantik...

KUALA LUMPUR - Seramai 12 Ahli Parlimen hari ini dilantik sebagai Ahli  Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara...

AS Tuduh Hamas Cari...

WASHINGTON - Gerakan Hamas dituduh menggunakan majlis pembukaan kontroversi kedutaan Amerika Syarikat (AS)...

Keluarga Pelajar AF Berhabis...

Alahai kesian pula kami mendengar kisah ibu bapa seorang peserta Akademi Fantasia yang...

Hadi Awang Dalam Keadaan...

KUALA TERENGGANU - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berada dalam keadaan stabil...

Jamal Buat Kejutan, Bawa ‘Rafizi’ Ke Perhimpunan UMNO

TERKEJUT juga dibuat pada mulanya namun setelah dilihat dari dekat, barulah dapat diperhatikan figura Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang manis tersenyum, bukannya Rafizi yang sebenar.

Itulah situasi yang berlaku pada petang ini di ruang legar aras dua Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) apabila kelibat ‘Rafizi’ dikesan bersama-sama pemimpin gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md. Yunos.

Menurut Jamal, tindakannya membawa figura berkenaan adalah supaya orang ramai terutama ahli-ahli UMNO yang menghadiri di Perhimpunan Agung UMNO, tidak melupai fitnah yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pandan itu.

Figura ‘Rafizi Ramli’ itu dilihat memakai baju penjara yang tertera tulisan berbunyi;

“Saya Rafizi Ramli @Kaki Fitnah memohon ampun & maaf kepada Ketua Wanita UMNO Malaysia, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil kerana telah memfitnah beliau dan kini saya menerima hukuman setimpal 18 bulan penjara.”

Jamal Bawa Kejutan, Bawa 'Rafizi' Ke Perhimpunan UMNO

Menurutnya, fitnah dibuat Rafizi menyebabkan Ketua Wanita, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil meletakkan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

“Saya membawa ‘Rafizi’ ke Perhimpunan Agung adalah demi memperingatikan kembali sejarah yang dilakukan oleh individu ini kepada Ketua Wanita UMNO Malaysia, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, sehingga menyebabkan beliau (Shahrizat) terpaksa berundur jawatannya sebagai menteri.


“Walaupun dia (Rafizi) dijatuhkan hukuman tetapi kesannya tidak akan dilupakan sampai bila-bila,” katanya sewaktu ditemui Mynewshub sebentar tadi.

Katanya, fitnah dibuat Rafizi sangat mendalam buat ahli UMNO kerana sehingga hari ini masih ada yang percaya kata-kata dilontarkan pemimpin PKR itu.

“Apa yang Rafizi juga buat adalah pernah mengatakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, membeli cincin bernilai RM24 juta.

“Tetapi apabila Rosmah cuba saman, beliau kata hanya bergurau. Jadi, saya ingin beritahu UMNO, individu ini adalah individu kaki fitnah,” katanya.

Menurut Jamal, kira-kira 1,000 penyokong yang terdiri daripada ahli Baju Merah mengikuti pergerakannya mengusung ‘Rafizi’ di ruang legar PWTC. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori