Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Dua Beranak Rentung Dalam...

TAWAU : Dua beranak rentung dalam kebakaran membabitkan lima buah rumah di Kampung...

60K Saman Trafik Tertunggak...

MIRI - Polis akan menjalankan Operasi Saman Tertunggak Warganegara Asing (OSTWA) bermula Jumaat...

PBT & JPS Buat...

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia...

SPRM Mula Siasatan Terhadap...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan terhadap pendedahan...

Jamal, Tiga Aktivis Gerakan Merah Dibebaskan

KUALA LUMPUR – Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia (GNGMM) Datuk Seri Jamal Md Yunos dibebaskan dengan jaminan polis hari ini selepas direman empat hari di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Turut dibebaskan aktivis Gerakan Merah Ariffin Abu Bakar dan Abdul Razak Hassan serta Mohd Shahbudin Hassan yang ditahan reman pada Ahad lepas.

Perkara itu disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat.

Katanya kesemua mereka ditahan reman bagi membantu siasatan insiden kekecohan di Ampang Point pada 13 November lepas mengikut Seksyen 147/187/353 Kanun Keseksaan.

Pada 13 November lepas, Jamal bersama pengikutnya mengekori Anggota Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang sedang mempromosikan perhimpunan Bersih 5.0 di sebuah pusat beli-belah sehingga dilaporkan berlaku perang mulut dan tolak menolak antara anggota kedua-dua kumpulan berkenaan.


Dalam perkembangan lain, Jamal berkata beliau akan melancarkan jerayawara Bersih 7 Selamatkan Selangor di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pada pukul 3 petang esok.

Katanya Bersih 7 akan diadakan di 700 lokasi sekitar Selangor bagi menyuarakan tujuh tuntutan antaranya keperluan air bersih, pemilikan rumah mampu milik dan masalah longkang tersumbat serta banjir. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori