Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Pasangan Warga Indonesia Ditemui...

SEPASANG suami isteri warga Indonesia ditemui mati dalam sebuah pondok di kebun buah naga...

Karier Nyanyian Ippo Hafiz...

IPPO Hafiz penyanyi yang sedang meningkat naik menerusi lagu-lagu runut bunyi drama-drama bersiri antaranya...

Aliran Tunai Meruncing, Ekonomi...

REMBAU – Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

UniMAP Bakal Miliki Surau...

PADANG BESAR - Kampus Uniciti Alam Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bakal mempunyai surau...

‘Jangan Banding Gaun Saya Dengan Amyra Rosli’ – Anzalna

BARU-BARU ini, gaun perkahwinan pelakon Anzalna Nasir telah memenangi undian tertinggi apabila dibandingkan dengan gaun perkahwinan Amyra Rosli oleh para netizen.

Bersyukur dengan pujian ramai, Anzalna bagaimanapun tidak mahu gaun pengantinnya terus dibanding-bandingkan kerana merasakan semua pereka fesyen ada kelebihan masing-masing.

Kata Anzalna, gaun rekaan Cosry yang digayakannya itu mempunyai keunikan tersendiri, sama juga dengan rekaan baju Amyra rekaan Rizman Ruzaini.

'Jangan Banding Gaun Saya Dengan Amyra Rosli' - Anzalna

“Setiap artis mempunyai pereka pilihan masing-masing dan mereka memberikan sentuhan terbaik mengikut cita rasa artis. Bagi saya, tidak patut mana-mana pihak membuat perbandingan.

“Lagipun perkahwinan ini sekali dalam seumur hidup dan sudah tentu saat bahagia itu mahu dikenang selamanya.

“Saya percaya jika ia terus berlaku sedikit sebanyak akan membuatkan orang kecewa. Saya sendiri tidak dapat membayangkan perasaan jika baju saya tidak jadi pilihan,” katanya kepada Harian Metro.

Manakala, Amyra pula memberitahu dia tidak terkesan dengan perbandingan para netizen dan tetap berbangga kerana apabila gaun perkahwinannya turut menjadi sebutan antara yang terbaik.


“Jujurnya saya bangga dengan sentuhan Rizman Ruzaini sehingga gaun ini menjadi sebutan netizen.

“Selagi perbandingan itu bukan sesuatu yang buruk saya okey kerana pilihan yang dibuat adalah berdasarkan pandangan mereka yang melihat,” katanya.

'Jangan Banding Gaun Saya Dengan Amyra Rosli' - Anzalna

Amyra baru sahaja berangkat ke Tokyo, Jepun untuk berbulan madu selama seminggu.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori