Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Penjara 22 Tahun Kerana...

SEORANG lelaki dihukum penjara selama 22 tahun selepas didapati bersalah mencuri alat...

Remaja Pembunuh Ibu, Lahirkan...

DENPASAR - Seorang remaja perempuan yang dibicarakan atas tuduhan membunuh ibunya, melahirkan bayi di...

Polis Tumpas Sindiket Edar...

SHAH ALAM - Polis menahan 10 pekerja kedai makan warga Thailand di sebuah...

Akhirnya Brader Ni Tahu...

SEBUAH rakaman video seorang peniaga dunia selamba memanggil Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah...

Jangan Sampai Berlaku Pertembungan Fizikal

KUALA LUMPUR – Peraturan mesyuarat Dewan Rakyat menetapkan Ahli Parlimen tidak dibenarkan menggunakan perkataan kurang sopan, seksis mahupun berniat jahat sewaktu sidang Dewan Rakyat sedang berlangsung.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, semua Ahli Parlimen perlu patuh kepada Peraturan Mesyuarat dan menghormati Speaker atau Timbalan Speaker sewaktu menghadiri sidang itu.

“Ahli-Ahli Parlimen boleh berbeza pandangan dan bersetuju dan tidak bersetuju, namun adalah tidak wajar untuk membuat sebarang serangan peribadi terhadap mana-mana Ahli Parlimen yang lain.

“Penggunaan perkataan-perkataan yang kurang sopan dan tuduhan juga sering kali digunakan termasuk terhadap Perdana Menteri dan Speaker Dewan Rakyat.

“Tindakan seumpama ini boleh mencetuskan provokasi dan suasana tegang di dalam Dewan sekaligus dibimbangi akan berlaku pertembungan fizikal,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Justeru, kata Azalina, sekiranya ada perkara-perkara yang tidak dipersetujui pada sidang Dewan Rakyat, Ahli-Ahli Parlimen boleh mengemukakan usul.

“Ahli-ahli Parlimen perlu menjadikan insiden pertikaman lidah yang berlaku semalam sebagai iktibar dan diharap bertindak lebih profesional dan matang walaupun berbeza fahaman politik,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori