YANGON – Thailand membuka kempen memburu kejuaraan kelima kejohanan bola sepak, Piala AFF Suzuki dengan langkah kanan apabila mengalahkan Indonesia 4-2 di Stadium Sukan Filipina di Bulacan, Filipina.
Pada perlawanan pembukaan Kumpulan A itu, penyerang veteran, Teerasil Dangda menghadiahkan Thailand dengan jaringan hatrik pada miniat ke-36, 79 dan minit-minit terakhir perlawanan.
Pemain tengah, Perapat Notechaiya membuka tirai jaringan pada minit ke-24 sebelum Teerasil menggandakan jaringan untuk Thailand mendahului 2-0 pada separuh masa.
Pada babak kedua, Indonesia bangkit dengan serangan kilat apabila berjaya merapatkan jaringan menerusi Boaz Solossa pada minit ke-53 sebelum menyamakan kedudukan tiga minit kemudian menerusi jaringan Lerby Eliandry Pong Baru.
Bagaimanapun, Teerasil mengesahkan mata penuh Thailand dengan jaringan hatrik. Thailand akan bertemu dengan Singapura, Selasa ini, sebelum melengkapkan jadual pusingan awal dengan menentang tuan rumah, Filipina, pada 25 Nov ini. – BERNAMA