Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Nyaris Maut, Gumpalan Rambut...

SEORANG wanita di India nyaris maut akibat tabiat memakan rambutnya sendiri. Wanita yang tidak...

Lelaki Jual Kuntilanak Secara...

PENGGUNAAN media sosial untuk mempromosikan barang dagangan memang sudah tidak asing lagi malah...

Peranan Doktor Tangani Seks...

STATISTIK Kementerian Kesihatan menerusi Sektor HIV/Penyakit Jangkitan Kelamin (STI), Bahagian Kawalan Penyakit pada...

Jangan Kunci Tandas Awam...

IPOH - Pengusaha dan pemilik tandas awam khususnya di kawasan tumpuan ramai sekitar...

JAS Pantau Aktiviti Pengambilan Pasir Di Perairan Lumut

KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar (JAS) meningkatkan pemantauan terhadap aktiviti pengorekan dan pengambilan pasir di kawasan perairan Lumut, Perak kerana operasi itu tidak dirujuk ke jabatan itu terlebih dahulu.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam kenyataan hari ini berkata kementeriannya melalui JAS akan merujuk kes berkenaan ke Pejabat Tanah dan Galian, Pejabat Daerah, Jabatan Laut, Jabatan Pengairan dan Saliran, serta Jabatan Mineral dan Geosains bagi mendapatkan pengesahan status sebenar aktiviti itu.

“Saya memandang serius mengenai isu kehadiran sebuah kapal yang dipercayai mengambil pasir di kawasan perairan berkenaan yang boleh menjejas pendapatan nelayan serta ekosistem hidupan laut di kawasan itu.

“Berdasarkan maklumat awal didapati lokasi yang dikenalpasti adalah di Kawasan Peranginan Teluk Senangin atau Tanjung Hantu di Lumut, di mana jaraknya lebih kurang 3.02 kilometer dari Kawasan Peranginan Teluk Senangin dan 1.15 kilometer dari Tanjung Hantu,” katanya.

Beliau berkata siasatan itu diambil susulan laporan yang tersiar di laman media sosial dan akhbar tempatan baru-baru ini mengenai kehadiran sebuah kapal di kawasan perairan tersebut.

Wan Junaidi berkata aktiviti pengorekan dan pengambilan pasir laut di kawasan pesisir pantai dipercayai dijalan sejak dua minggu lalu dan operasinya dihentikan pada 4 Nov setelah aktiviti itu tersiar di dalam laman media sosial.


“Berdasarkan siasatan JAS, didapati kesemua jentera digunakan dalam operasi pengorekan dan pengambilan pasir laut tersebut tidak kelihatan di lokasi aduan.

“Kebanyakan penduduk yang ditemui melahirkan rasa kebimbangan terhadap kesan hakisan pencemaran pantai di kawasan tersebut pada masa akan datang sekiranya aktiviti tersebut diteruskan.

“Punca pendapatan harian nelayan dan produk pelancongan dikhuatiri akan terjejas,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori